Juruterbang
P3 Orion Australia, Kapten Russel Adams.
PERTH: Sebaik sahaja anak kapal dalam
pesawat P3 Orion milik Australia mengesan suatu objek di atas air di Lautan
Hindi, benda pertama yang mereka lakukan ialah jerit, 'mark, mark, mark!'
(tanda, tanda, tanda!).
Kemudian, mereka akan segera menjatuhkan isyarat asap yang akan bertahan selama 45 minit supaya 'tanda' tersebut tidak hilang sementara sistem GPS pesawat sedang mengecam lokasi objek tersebut.
Setelah itu juruterbang pesawat tersebut membetulkan kedudukan pesawatnya untuk membolehkan gambar diambil dan dibawa balik ke pengkalan.
Sebuah isyarat pula akan dibunyikan kepada mana-mana kapal berdekatan yang menghala ke arah lokasi supaya objek yang dikesan itu dapat dikenalpasti.
"Begitulah caranya saya dan anak kapal saya berlatih untuk memaksimakan waktu ketika berada di kawasan pencarian," jelas Kapten Russel Adams, iaitu juruterbang P3 Orion Australia yang pertama yang sampai ke pengkalan Tentera Udara DiRaja Australia (RAAF) Pearce di Perth, hari ini.
Meskipun kapeten dan anak kapal tidak mengesan apa-apa objek yang berpotensi hari ini, mereka yakin selepas kawasan itu mengalami cuaca buruk dan operasi pencarian ditunda, keadaan akan bertambah baik.
"Cuaca agak baik hari ini dan tahap penglihatan hari ini mampu menjangkau sejauh kira-kira lima kilometer," jelas Russel.
Terdapat lapisan putih atas permukaan, yang kebiasaannya merupakan ombak yang menghasilkan buih putih, dan itu membuatkan anak kapal sukar membezakan di antara buih tersebut dengan air.
Kapten Russel dan anak-anak kapalnya dijadualkan kembali ke lokasi pencarian baru itu esok yang terletak 1,800 kilometer dari Australia Barat, dan merupakan 700 km lebih dekat dari kawasan pencarian sebelumnya.

"Mark,
mark, mark!"
Kapten Russel
Adam juruterbang P3 Orion Australia memperjelaskan bagaimana pesawat mengesan
objek di lokasi pencarian MH370.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan