SEPANG: Berikut corat-coret Formula Satu
Grand Prix Malaysia Petronas 2014:
Pasukan Scuderia Ferrari luah simpati tragedi MH370
Pemandu Scuderia Ferrari, Fernando Alonso dan Kimi Raikkonen bersama-sama rakan
sepasukan, turun menjalani sesi latihan bebas pada Jumaat dengan memakai topi
keledar yang dilekat dua pelekat.
Satu pelekat memaparkan mesej dalam bahasa Inggeris "Pray for MH370"
dan satu lagi dalam bahasa Melayu "Doa Untuk MH370".
Pada Ahad ini penganjur akan mengadakan tafakur selama seminit untuk
memperingati mereka yang hilang bersama-sama penerbangan MH370, sebelum
perlumbaan berlangsung.
Vergne dan Kvyat lakukan 36 pusingan keseluruhan
Di kem Toro Rosso, pemandu Jean-Eric Vergne and Daniil Kvyat melakukan
keseluruhan 36 pusingan, iaitu 15 pusingan oleh Vergne, pemandu dari Perancis
dan 21 lagi oleh Kvyat dari Rusia.
Kedua-dua pemandu menamatkan program singkat mereka pada pagi Jumaat tanpa
masalah besar dan hanya menggunakan tayar Pirelli 'hard compound'.
Kedua-duanya juga gembira dengan prestasi jentera masing-masing. Vergne
mencatat masa keenam terpantas manakala Kvyat ke-14.
Raikonnen di tempat kedua, Alonso kelima ketika sesi latihan kedua
Pemandu Scuderia Ferrari Kimi Raikkonen sekali lagi mencatat masa kedua
terpantas dalam sesi latihan kedua Grand Prix Malaysia Petronas.
Pemandu dari Finland itu mencatat 1.39.944s iaitu cuma berbeza 0.035s
berbanding masa yang dicatat pemandu terpantas daripada pasukan Mercedes, Nico
Rosberg, 1.39.909s.
Rakan sepasukan Raikkonen, Fernando Alonso pula mencatat masa kelima terpantas
dengan 1.40.103s.
Raikkonen dan Alonso masing-masing melakukan 30 dand 29 pusingan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan