m

Kapal pemecah ais China ubah haluan menuju ke "objek mencurigakan"

KUALA LUMPUR: Kapal pemecah ais China, Xuelong, sedang berlayar ke lokasi di mana anak kapal pesawat IL-76 China pagi tadi telah mengesan beberapa “objek yang mencurigakan” di selatan Lautan Hindi.

Sewaktu operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 di luar pantai Australia pada hari Isnin, pesawat IL-76 telah melaporkan kewujudan objek “putih dan berbentuk petak”.

Menurut agensi berita China Xinhua, korespondennya berkata objek itu dikesan pada koordinat 95.1113 darjah timur longitude dan 42.5453 selatan latitude.

Perkara itu kemudiannya dilaporkan kepada pusat kawalan di Australia dan juga kapal Xuelong.

Koresponden Xinhua yang mengikuti operasi tersebut berkata misi pencarian itu mengesan dua objek besar terapung dengan beberapa objek kecil bertaburan dalam radius beberapa kilometer.

Oleh kerana dua pesawat mencari dari China telah pun kembali, mereka telah memohon pihak Australia untuk menghantar pesawat lain bagi meneruskan pemeriksaan di kawasan tersebut.

Pada masa yang sama, kerajaan China, melalui Kementerian Luarnya, menyatakan ia tidak dapat mengesahkan samada objek yang dijempai itu berkaitan dengan MH370.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan