m

Kawal Berat Secara Alami

 

Buah lemon yang masam manis memang sedap dibuat minuman. Baunya yang harum juga mampu menghilangkan rasa loya di awal kehamilan. Namun di sebalik itu lemon juga buah yang banyak khasiatnya kepada pelbagai masalah kesihatan dan kecantikan secara semula jadi.

Kajian yang dilakukan oleh pakar mendapati mengambil buah lemon yang kaya denga asid sitrat dan aromanya yang melegakan dapat memberikan banyak manfaat kepada orang yang minum perahan lemon di pagi hari.

Ia memang sesuai diamalkan oleh mereka yang memang sedang dalam proses menurunkan berat badan dan mendetoks badan. Jus lemon boleh digunakan secara bersendirian atau dicampur dengan madu, air masak atau buah-buahan lain.

Menurunkan berat badan

Amalkan minum air suam dicampur perahan lemon tanpa campuran gula setiap pagi. Ia dikatakan mampu membantu menurunkan berat badan.

Detoks

Buah lemon memang terkenal sebagai bahan semula jadi untuk membuang toksin yang ada dalam badan atau detoksifikasi. Caranya sama seperti kaedah menurunkan berat badan.
Bahkan khasiat minum jus lemon juga dikatakan mampu meningkatkan pengeluaran enzim dalam paru-paru yang boleh meningkatkan pembuangan air kencing serta membersihkan buah pinggang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan