KUALA
LUMPUR: Usaha
mengesan pesawat penerbangan MH370 yang dipercayai berakhir di selatan Lautan
Hindi digerakkan ke kawasan baharu yang terletak kira-kira 1,100 kilometer dari
kawasan carian selama ini berdasarkan kepada petunjuk boleh dipercayai yang
diserahkan oleh pasukan penyiasat Malaysia kepada pihak berkuasa di Australia.
Zon baru itu luasnya lebih kurang 319,000 kilometer persegi dan terletak lebih dekat dengan pesisir pantai barat Australia iaitu kira-kira 1,850 kilometer dari Perth, berbanding 2,000 kilometer sebelum ini.
Pengurus besar bahagian kecemasan Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) AMSA, John Young berkata perubahan kawasan carian itu bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam operasi seperti ini dan kawasan baharu ini "adalah tempat terbaik pada masa ini".
"Ini bukan sesuatu yang luar biasa bagi operasi mencari dan menyelamat. Hal seperti ini berlaku setiap masa," katanya dalam satu sidang media di Canberra, dan menambah "usaha mencari sebelum ini bukan sia-sia".
AMSA pada Jumaat menggerakkan 10 pesawat untuk operasi baharu itu melibatkan pesawat tentera milik Australia, Kepun, Korea Selatan, New Zeland, China dan Amerika Syarikat. Operasi turut disertai oleh enam buah kapal termasuk HMAS Success dan lima buah kapal milik China.
Sementara itu Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan menjelaskan petunjuk baru itu diperolehi hasil analisis ke atas data radar laluan pesawat antara Laut China Selatan hingga ke Selat Melaka sebelum pesawat itu terputus hubungan dengan radar.
Katanya, analisis itu menunjukkan pesawat MH370 mungkin terbang lebih pantas daripada jangkaan sebelum ini. Sekiranya analisis itu benar, pesawat itu dipercayai menggunakan minyak lebih banyak dan tidak mungkin dapat terbang jauh sehingga ke selatan Lautan Hindi seperti yang dipercayai sebelum ini.
Jelas Dolan, maklumat itu membolehkan pasukan pencari "membuat penilaian terbaik kawasan pesawat itu mungkin mencecah air."
"Maklumat yang diberikan oleh pasukan penyiasat antarabangsa ini adalah petunjuk yang paling boleh dipercayai yang ada dalam usaha mengesan bangkai pesawat sekarang," katanya.
Beliau bagaimanapun mengingatkan maklumat terbaru itu perlu disesuaikan dengan jarak masa sejak pesawat itu hilang dan kemungkinan bangkainya hanyut di permukaan laut.
Sementara itu, MAS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan akan menguruskan proses membawa ahli keluarga penumpang dan krew MH370 ke Perth sekiranya ada bangkai pesawat yang ditemui.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Australia yang setuju mengecualikan permohonan visa bagi perjalananan mereka yang terlibat.
Peralihan kawasan carian ini menyusul selepas satelit Thailand dan Jepun mengesan objek yang dipercayai ada kaitan dengan pesawat MH370 di kawasan Lautan Hindi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan