Anak kapal bersama dengan pesawat Tentera Laut India P8-I
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-india-hantar-dua-pesawat-ke-lautan-hindi-32392?cp
Kedua-dua pesawat itu, iaitu P8 -I daripada Tentera Laut India dan C- 130J milik Tentera Udara India, telah meneruskan penerbangan walaupun cuaca buruk dilaporkan susulan taufan tropika Gillian yang melanda.
Sebelum ini, beberapa pesawat turut terpaksa membatalkan perjalanan ke kawasan pencarian tersebut akibat keadaan cuaca yang buruk.
Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia berkata kedua-dua pesawat itu berkemungkinan besar bertembung taufan terbabit, tetapi kapten kedua-dua pesawat tersebut telah memutuskan untuk berusaha mengelak kawasan cuaca buruk untuk sampai ke sektor pencarian.
Kedua-dua pesawat tersebut dijangka melaksanakan misi pencarian selama 10 jam di kawasan itu.
"Kedua-dua pesawat mampu bertahan untuk tempoh lama, ditambah pula dengan alatan pencarian dan dilengkapi dengan peralatan peninjauan elektro optronik dan infra merah yang canggih, " kata Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia dalam satu kenyataan di sini.
Pesawat P8- I mempunyai kelebihan tambahan atas pesawatnya iaitu radar dan peralatan khas mencari dan menyelamat.
Sebelum ini, Perdana Menteri India, Manmohan Singh telah menyatakan komitmennya untuk membantu Malaysia dan " memberikan segala bantuan yang diperlukan untuk Malaysia dalam mencari pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang".
India juga turut mengambil bahagian dalam operasi mencari dan menyelamat di Laut Andaman dan Teluk Bengal sebelum ini.
Pesawat Tentera Udara India C-130 Hercules bersama dengan anak kapal
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-india-hantar-dua-pesawat-ke-lautan-hindi-32392?cp
" Dengan ketibaan kedua-dua pesawat ini, India kini menyertai fasa seterusnya dalam 'operasi pencarian antarabangsa dan penyelamat di bawah penyelarasan ARCC ," kata Pesuruhjaya Tinggi India .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan