Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss (kiri) dan Komander Unit
Petugas Kapten Craig Heap di Royal Australian Air Force Base Pearce
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-malaysia-dimaklumkan-maklumat-terkini-australia-32316?cp
PERTH: Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss berkata pihak Australia memberi maklumat terkini kepada Malaysia selang beberapa jam mengenai usaha pencarian MH370.
“Ini merupakan usaha antarabangsa dan kami berkomunikasi dengan semua kerajaan yang terlibat,” beliau berkata dalam satu sidang media di Royal Australian Air Force Base Pearce.
“Kami turut bekerjasama dengan beberapa pegawai Malaysia yang kini berada di Australia,” tambah Komander Unit Petugas Kapten Craig Heap.
Setakat ini, enam pesawat telah berlepas dari pangkalan RAAF Base Pearce pada Sabtu, termasuk tiga buah pesawat RAAF P3 Orion berlepas pada jam 6 dan 8 pagi.
Pesawat P3 Orion New Zealand kemudian dikerahkan pada jam 10 pagi dan disusuli oleh sebuah lagi pesawat RAAF pada jam 12 tengah hari.
Dua pesawat komersial jarak jauh juga menyertai operasi mencari pada Sabtu.
Heap menambah, kerajaan China akan menghantar dua buah pesawat untuk membantu usaha mencari MH370 di Lautan Hindi.
Truss dan Heap berkata bahawa objek yang dikesan oleh satelit mungkin telah dihanyut jauh dari lokasi asal ekoran dihanyutkan arus laut.
Namun, cuaca yang baik pada Sabtu dapat membantu meningkatkan peluang mereka untuk mengesan objek-objek tersebut.
“Objek –objek dikesan menerusi satelit. Jadi kami masih memerlukan pegawai untuk ke lokasi dan mencarinya dari pesawat. Cuaca yang baik hari ini akan membantu operasi kami,’ kata Truss.
Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengenai penemuan imej satelit yang berkemungkinan serpihan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan