m

MH370: Perkongsian maklumat ketenteraan terbatas atas dasar keselamatan



KUALA LUMPUR: Perkongsian maklumat ketenteraan antara negara-negara kadangkala terdapat halangan tertentu seperti soal keselamatan berkaitan pertahanan sesuatu negara.
 

Mantan Panglima Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Tan Sri Suleiman Mahmud berkata namun begitu, maklumat ketenteraan ini masih perlu dikongsi terutama dalam krisis kemanusiaan atau insiden seperti kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia MH370.
 

"Sudah tentu ada batasannya dalam perkongsian maklumat ketenteraan ini namun dalam krisis besar seperti kehilangan pesawat MH370 yang juga melibatkan nyawa manusia, terdapat kelonggaran di mana negara-negara yang terlibat lazimnya lebih bersedia berkongsi maklumat-maklumat tertentu dengan Malaysia." kata Suleiman ketika ditemui Astro AWANI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan