Pasar Besar Siti Khadijah adalah ikon pelancongan dan
simbol membeli-belah terutamanya pakaian dan barangan dapur bagi kebanyakan
pelancong dan penduduk setempat.
Peniaganya yang dimonopoli oleh kaum hawa menjadikan
pasar ini sebagai tarikan pelancongan yang unik. Pasar ini sangat meriah di
hari minggu dan cuti sekolah. Penduduk sekitar Kota Bharu juga sering ke sini
untuk membeli barangan asas dan keperluan dapur.
Jika menginap di sekitar bandar Kota Bharu, pasar ini
wajib dilawati. Malah, boleh berjalan kaki sahaja jika menginap di hotel-hotel
yang berdekatan.
Ia dibuka setiap hari seawal jam 7 pagi hingga 6 petang.
Sebelum membeli di sini, sediakan duit yang mencukupi kerana mesin ATM agak
jauh juga dari pasar ini.
Tingkat bawah
Di bahagian bawah pasar, antara yang dijual adalah barangan basah, kuih muih, sayuran, beras, buah-buahan, lauk dan keperluan asas dapur. Barangan di tingkat bawah biasanya dibeli oleh penduduk setempat.
Bagi pengunjung yang belum pernah merasai beras keluaran
Thailand, boleh dapatkan di sini. Beras jenama Burung Serindit daripada
Thailand antara beras yang paling sedap dan tersohor yang sentiasa menjadi
beras pilihan penduduk Kelantan. Malah jauh menandingi beras keluaran tempatan.
Sebelum anda membeli beras ini, dinasihatkan menyuruh
pekedai menimbangnya semula kerana bagi mengelakkan tersilap timbangan berat
(kg) walaupun harga sama. Beras serindit wajib dibeli sebelum pulang.
Jika anda terlepas peluang membelinya di sini, anda boleh
mendapatkannya juga di Rantau Panjang atau Wakaf Che Yeh. Perbezaan harga beras
di pasar ini antara RM3-RM5 lebih mahal dari Rantau Panjang.
Beras siam yang dijual di Pasar Siti Khadijah
Suasana di tingkat bawah yang menjual barangan basah
Tingkat 1
Tingkat 1 banyak menjual pelbagai makanan kering seperti keropok segera, dodol, serunding daging, kerepek, pelbagai jenis keropok, makanan segera, pelbagai kuih muih, alatan memasak, barangan plastik, rempas ratus, ikan kering dan bahan dapur.
Tingkat 1 banyak menjual pelbagai makanan kering seperti keropok segera, dodol, serunding daging, kerepek, pelbagai jenis keropok, makanan segera, pelbagai kuih muih, alatan memasak, barangan plastik, rempas ratus, ikan kering dan bahan dapur.
Keropok yang sedap dan terlaris pada masa ini adalah
keropok cap ikan mas, keropok cap ikan parang, keropok sira cap juara dan
keropok segera cap dua tambang. Kualiti keropok juga berbeza antara satu sama
lain.
Dari segi harga, semua pengeluar meletakkan harga
yang sama. Yang berbeza hanya rasa sahaja. Makanan kering yang ingin dibeli
sangat dicadangkan untuk dibeli secara borong kerana anda akan mendapat harga
yang lebih murah.
Pastikan makanan kering yang dibeli tampak segar dan
masih baru supaya rasanya tidak terjejas.
Selain itu, anda juga boleh mencuba kuih muih Kelantan
pelbagai jenis yang dijual seperti akok, tepung pelita, puteri mandi, badak
berendam, tahi itik dan banyak lagi. Mesti cuba!! Kalau tidak kempunan pulak
jadinya.
Untuk membeli barang makanan seperti keropok, kuih muih
sangat disarankan dibeli disini. Beli secara borong untuk rakan sepejabat,
saudara mara dan sahabat handai. Anda akan mendapat harga yang istimewa jika
dibeli secara borong dan jangan lupa untuk tawar menawar.
Suasana di TIngkat 1 Pasar Siti Khadijah
Pelbagai jenis keropok dijual
Keropok sira cap juara antara yang terlaris
Tingkat 2
Di tingkat inilah terdapatnya barangan batik, songket, tudung bawal, kain ela, kain sarung, kain pelikat, kain sembahyang, blouse, T-shirt, kraftangan, beg, kasut, barang tembaga, peralatan dapur, bunga, pasu, barang kaca, barang kemas, alat solek, pewarna tikar, barang sulaman tudung dan permainan kanak-kanak.
Di tingkat inilah terdapatnya barangan batik, songket, tudung bawal, kain ela, kain sarung, kain pelikat, kain sembahyang, blouse, T-shirt, kraftangan, beg, kasut, barang tembaga, peralatan dapur, bunga, pasu, barang kaca, barang kemas, alat solek, pewarna tikar, barang sulaman tudung dan permainan kanak-kanak.
Di sini antara syurga membeli belah bagi kaum wanita.
Dari segi harganya pula bagi, ia tidaklah murah. Malah ada sesetengah kedai
yang menjual dengan harga yang agak mahal juga.
Kelebihan di Pasar Siti Khadijah adalah terdapat pelbagai
pilihan jenis tudung dan kain, lebih banyak dari tempat lain. Anda bolehlah
survey terlebih dahulu harga-harga yang ditawarkan di sini. Jika hendak membeli
di tingkat 2 ini, disarankan mesti pandai mencari kedai yang benar-benar dapat
memberi harga yang istimewa.
Mesti survey dan tawar betul-betul sebelum membelinya,
dan cari peniaga yang ramah sahaja. Peniaga yang ramah dan melayan anda dengan
baik lebih mudah untuk ditawar. Pembeli senang, peniaga pun senang.
Pelbagai jenis kain dan tudung membuatkan kaum wanita
rambang mata
Pelbagi jenis periuk belanga boleh dipilih
Jangan segan untuk tawar menawar, cari peniaga yang
ramah untuk memudahkan tawar menawar dilakukan
Makan di Pasar Siti Khadijah
Jika penat membeli belah dan ronda-ronda pasar, boleh ke tingkat satu dimana terdapat medan selera yang menjual pelbagai jenis masakan serta juadah dan kuih muih negeri Kelantan yang istimewa.
Jika penat membeli belah dan ronda-ronda pasar, boleh ke tingkat satu dimana terdapat medan selera yang menjual pelbagai jenis masakan serta juadah dan kuih muih negeri Kelantan yang istimewa.
Tidak perlu bersusah payah mengintai kedai makan
yang lain. Mencuba hidangan makanan di sini sudah cukup membuatkan anda puas.
Tidak lengkap jika anda berkunjung ke sini tanpa singgah
menjamu selera di medan selera Tingkat 1 Pasar Siti Khadijah ini. Jangan
lepaskan peluang!
Menjamu selera di tingkat 1 selepas penat membeli
belah
Cuba menu popular dari kalangan penduduk tempatan seperti
nasi/mee sup perut, laksa/laksam kelantan, mee celup, ayam percik, nasi
berlauk, nasi campur dan lain-lain.
Selain itu, menu ‘mewah’ seperti udang galah besar, ayam
percik dan ayam panggang juga boleh didapati.
Dari segi harganya tidak perlu risau, kerana kebanyakan
kedai telah meletakkan harganya di kedai masing-masing. Semuanya berpatutan.
Purata harga menu di sini antara RM2 – RM5 untuk satu
menu. Contohnya nasi sup perut berharga RM4.50 dan mee sup perut RM3.50.
Terdapat banyak kedai yang menjual menu yang sama.
Ruang makan yang mengekalkan ciri-ciri ‘old school’
Kemudahan Masjid
Bagi yang beragama Islam, kemudahan masjid yang selesa juga disediakan di sebelah luar pasar. Masjid yang diberi nama Masjid Al-Barqah sangat disyorkan untuk menunaikan solat. Kemudahan tandas juga selesa.
Bagi yang beragama Islam, kemudahan masjid yang selesa juga disediakan di sebelah luar pasar. Masjid yang diberi nama Masjid Al-Barqah sangat disyorkan untuk menunaikan solat. Kemudahan tandas juga selesa.
Tidak perlu susah mencari tempat solat, hanya disebelah Pasar Siti Khadijah sahaja
Bahagian luar Pasar Siti Khadijah
Gerai diluar Pasar Siti Khadijah juga banyak menjual
buah-buahan dan makanan kering
Tips di Pasar Siti Khadijah
- Kepada yang pertama kali datang ke sini dan belum pernah menjejakkan kaki ke Pasar Siti Khadijah, sangat disyorkan untuk membeli belah di pasar ini. Hanya untuk merasai suasana dan persekitaran pasar yang menjadi kebanggaan dan simbol Negeri Kelantan.
- Perbezaan harga barangan di sini dengan di tempat lain seperti Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor tidak jauh bezanya.
- Barangan yang disyorkan dibeli adalah beras, pelbagai jenis keropok, serunding daging, kuih muih dan pelbagai makanan kering serta tudung.
- Jika menginap di Kota Bharu, dicadangkan mengunjungi pasar ini pada hari terakhir selepas check-out atau sebelum pulang.
Geleri Foto
Tiada ulasan:
Catat Ulasan