Siapa
pengganti Taib?
Seramai
13, 233 pengundi berdaftar di Balingian bakal memilih wakil rakyat baharu esok
yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu.
MUKAH: Seramai 13, 233 pengundi berdaftar
di Balingian bakal memilih wakil rakyat baharu esok yang menyaksikan
pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, BN, Yusibbnosh Balo
dengan Abdul Jalil Bujang dari PKR.
21 pusat mengundi akan dibuka seawal jam 8 pagi, bagi membolehkan penduduk Balingian menunaikan proses demokrasi itu.
25 Mac lalu, 133 pengundi telah pun menunaikan tanggungjawab melaksanakan pengundian awal di Dewan Serbaguna IPD Mukah.
Peti undi akan dibawa ke Pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Mesra, Mukah pada hari pengundian.
Daripada 13,366 pengundi, 7, 705 atau 57.66 peratus merupakan pengundi dari etnik Melayu/ Melanau.
Ini diikuti 3,875 atau 28.99 peratus pengundi Iban, 1,683 atau 12.59 peratus pengundi Cina dan 29 atau 0.22 peratus pengundi Orang Ulu.
Sementara baki 19 atau 0.41 peratus undi mewakil etnik Bidayuh dan 55 atau 0.41 peratus lain-lain.
Kerusi DUN N-51 kosong selepas peyandangnya yang juga Ketua Menteri Sarawak pada waktu itu, Tan Sri Abdul Taib Mahmud meletak jawatan 28 Februari lepas.
Pada Pilihan Raya Negeri 2011, Taib mengekalkan kerusi BN dengan majoriti 5,154 undi mengalahkan Suriati Abdullah dari PKR dan Datuk Salleh Jaafaruddin calon Bebas.
Balingian terletak di antara Mukah dan Bintulu di mana perjalanan darat dari Mukah mengambil masa satu jam.
Sosio ekonomi penduduk Pekan Balingian termasuk termasuk penanaman rumbia, padi dan kelapa selain penternakan ayam dan pengusahaan ikan secara kecil-kecilan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan