Isteri tidak gemar bau suami? Isteri tidak boleh memandang wajah suami?
Benar kah masalah ini berkaitan dengan perubahan hormon atau psikologi
semata-mata?
“Kenapa ya, akhir-akhir ni saya asyik ‘bad mood’ saja?” tanya Fatiha kepada suaminya Aiman.
“Entahlah Yang, tak tau pula saya. Orang mengandung kan memang biasa macam tu,” balas Aiman.
Dilema yang dialami Fatiha bukanlah suatu yang asing. Ketika hamil,
semuanya berubah. Bentuk fizikal, hormon yang dikeluarkan oleh tubuh
malah emosi turut mengalami perubahan. Ini bermakna, setiap perubahan
yang berlaku pada ibu hamil saling berkaitan. Secara umumnya, kehamilan
merupakan satu tempoh yang sungguh bermakna dalam hidup seorang wanita.
Inilah waktunya pasangan suami isteri berhadapan dengan mainan emosi di
antara rasa takut dan harapan menggunung untuk menjadi ibu dan bapa.
Pada awal kehamilan, anda mungkin tidak dapat merasa perubahan yang
berlaku pada diri walaupun hal ini jelas. Ketika ini, sesetengah bakal
itu mungkin diselimuti rasa bimbang kehilangan bayi yang dikandunginya
itu. Ketakutan ini walaupun tidak berasas adalah perkara biasa.
Setelah kekhuatiran pada trimester pertama mula menghilang, maka
bermulalah perubahan emosi di trimester kedua. Walaupun perasaan ibu
hamil ketika ini tidak begitu terganggu, mereka masih resah. Ramai bakal
ini akan mula rasa malu dengan perubahan fizikal yang dialaminya.
Akibatnya, mereka akan rasa rendah diri.
Ketika trimester ketiga pula, ibu-ibu hamil mula memikirkan tentang
saat-saat kelahiran yang bakal tiba tidak lama lagi. Pelbagai perkara
bermain di benak fikiran masing-masing dalam tempoh 3 bulan terakhir
kehamilan itu. Risau tentang anak yang bakal dilahirkan nanti. Akan
tetapi, sebaik sahaja selamat melahirkan, maka hilanglah sudah segala
kerisauan, lebih-lebih lagi setelah berjaya melahirkan anak yang sihat
dan sempurna.
Sebenarnya, perubahan psikologi yang berlaku itu bukan hanya pada ibu
hamil, tetapi juga pada suaminya. Bakal bapa turut tidak terlepas
daripada ketidakseimbangan emosi. Sesetengah bakal bapa rasakan diri
mereka diabaikan isteri. Ada juga yang tidak yakin keupayaan sendiri
untuk bergelar bapa. Walaupun begitu, janganlah risau kerana semua
perasaan ini akan hilang sedikit demi sedikit setelah anak lahir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan