KUALA
TERENGGANU:
Penganjuran sukan permotoran Formula Satu (F1) yang akan berlangsung mulai
esok di Sepang tidak akan menjejaskan nama baik Malaysia walaupun ia
dijangka berlangsung dalam keadaan suram berikutan tragedi kehilangan
pesawat Malaysia Airlines MH370.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata masyarakat dunia telah sedia maklum yang Malaysia masih lagi berkabung memperingati tragedi menyayat hati itu.
"Walaupun tanpa penganjuran konsert dan acara sampingan lain, kita yakin perlumbaan yang akan bermula Jumaat ini tetap menjadi perhatian peminat sukan permotoran itu," katanya pada majlis santai minum petang bersama Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Nerus di sini hari ini.
Khairy sebelum ini meminta semua penganjur acara sukan menghormati tragedi kehilangan MH370 dengan mengadakan majlis secara sederhana.
Katanya acara sukan utama yang dirancang sebelum ini seperti kejohanan golf Piala EurAsia yang berlangsung selama tiga hari di Glenmarie Golf and Country Club serta Anugerah Dunia Sukan Laureus berjalan seperti biasa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan