TIDAK terlalu mengejar standard untuk
kesempurnaan sebaliknya memilih bersederhana sesuai dengan peningkatan usia
adalah matlamat hidup penyanyi Ziana Zain, 46.
Malah ibu
kepada empat anak ini berkata, dia sentiasa mengutamakan pembawaan diri setiap
kali muncul di khalayak.
Itu
rahsianya bertahan sebagai anak seni sepanjang berkecimpung dalam industri
hiburan kira-kira 20 tahun lalu.
"Semakin
saya meningkat usia, saya menjadi lebih faham tentang yang diingini dalam
hidup. Tambahan pula dengan pengalaman bergaul dengan pelbagai pekerja
industri, saya memilih yang terbaik dalam hidup.
"Apabila
orang kata Ziana Zain ada kelas tersendiri, sebenarnya semua itu adalah hasil
kerja keras saya selama ini," jelasnya.
Mengulas
tentang pengalaman perit yang dilalui sebelum berjaya menempatkan diri pada
kedudukan sekarang, Ziana mengakui dia pernah melalui pelbagai episod
memalukan.
Antaranya
pernah berkecil hati apabila fesyen yang diperagakan di sebuah majlis dikatakan
tidak sesuai dengan usianya.
Bagaimanapun
kata Ziana, dia bersikap profesional.
Menerima
teguran dengan hati terbuka, dia juga tidak pernah takut untuk melakukan
kesalahan kerana menganggap itu mempelajari ilmu hidup baharu.
"Saya
sentiasa mencuba dan menunggu hasil reaksi daripada orang ramai, kalau baik
saya teruskan dan kalau kurang baik saya akan perbaiki.
"Hasilnya
apabila ada orang kata saya lebih elegan sekarang berbanding dulu, saya
bersyukur apabila 'eksperimen' dahulu membuahkan hasil," katanya lagi.
I Am
Ziana Zain
MENGAKUI memendam perasaan untuk membuat
konsert sendiri berikutan pelbagai kekangan sebelum ini kata Ziana, kini
impiannya tersebut bakal menjadi kenyataan.
Bersyukur
apabila syarikat Gold Earth Pictures Sdn. Bhd. menyatakan hasrat untuk
merealisasikan Konsert I Am Ziana Zain itu sudah cukup membahagiakan diri.
Konsert
anjuran bersama Ziana Zain Ventures itu juga adalah pengubat rindu di kalangan
peminat setianya setelah menanti hampir 15 tahun selepas konsert Ziana Zain In
The Park di
Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Menariknya
konsert yang berlangsung pada 27 September itu bakal memecah tradisi apabila
berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka.
"Saya
memilih Melaka kerana negeri kelahiran saya. Saya mahu mencipta memori
bersama-sama peminat di luar Kuala Lumpur untuk meraikan hari penting dalam
hidup saya itu," katanya.
Pada
konsert tersebut Ziana akan menyanyikan 22 lagu popular daripada album pertama
hingga ketujuh.
Dia bakal
diiringi 22 pemuzik orkestra pimpinan Aubrey Suwito selaku pengarah muzik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan