“Aiman,
jangan gigit kuku. Kotor nanti kuman masuk mulut,” tegur Linda kepada anaknya
yang gemar menggigit kuku. Sudah puas dia menegur, memarahi dan menasihatkan
tetapi si anak tetap tidak serik mengulang tabiatnya itu.
Sebagai
seorang ibu, tentu sahaja anda berasa geram dengan tabiat buruk anak dan
terfikir bagaimanakah cara terbaik hendak menghentikan perbuatan tersebut.
Bimbang jika tidak dihentikan, tabiat tersebut berlarutan sehingga mereka
dewasa.
Mengenal
pasti punca adalah langkah awal yang mesti dilakukan oleh anda apabila hendak
mengatasi tabiat buruk si anak. Sebenarnya mengikut faktor psikologi,
kanak-kanak yang gemar menggigit kuku mempunyai alasan tertentu mengapa mereka
melakukan tabiat tersebut.
Ibu dan
ayah perlu memahami kebiasaan anak yang suka menggigit kuku. Jika anda tidak
pernah melalui pengalaman tersebut ketika kecil mungkin sukar bagi anda
memahaminya dan kemungkinan anda cepat naik angin apabila anak terus melakukan
perbuatan tersebut.
Antara
punca anak gemar menggigit kuku adalah perasaan mereka yang kebosanan,
kecemasan, marah dan tertekan. Anda boleh perhatikan gelagat anak apabila
mereka mula menggigit kukunya. Cuba ingat kembali apa yang berlaku kepadanya
sehingga membuatkan dia menggigit kukunya. Jarang sekali kanak-kanak menggigit
kuku tanpa alasan yang jelas.
Berhenti
gigit
Tindakan
awal yang anda lakukan sebaik melihat si kecil menggigit kuku adalah
melarang perbuatan tersebut. Tidak salah membuat tindakan itu tetapi menghukum
atau memarah anak hanya akan membuatkan dia semakin ingin menggigit kukunya.
Sebaiknya anda analisis apa yang menjadi penyebab dia menggigit kuku.
Jika anda
tidak dapat menemukan jawaban, cuba jelaskan kepada anak dengan bahasa yang
mudah supaya dia faham bahawa perbuatan tersebut adalah salah dan boleh
membahayakannya. Jangan sekali-kali berbohong mengenai hal ini . Anda juga
boleh membuat langkah berikut apabila anak memulakan tabiat menggigit kukunya.
Berikan
peringatan. Jika dia
mula menggigit kuku beri peringatan dengan memegang tangannya atau cara lain
yang dapat menunjukkan anda melihat perbuatan tersebut. Bagaimanapun jangan
sampai membuatnya berasa malu kerana teguran itu.
Berikan
sesuatu untuk dipegang.
Kadang kala untuk mengalihkan perhatian anak daripada melakukan perbuatan yang
buruk, anda perlu memberikannya sebuah mainan atau objek lain.
Potong
kuku secara teratur.
Sentiasa pastikan kuku anak anda bersih dan kemas agar terhindar daripada kotoran
di celah kukunya.
Tutup
kukunya. Bagi kes
yang semakin kronik, tindakan menutup kukunya menggunakan plaster atau penutup
lain boleh dilakukan. Mungkin anda boleh memakaikan inai semula jadi pada kuku
anak perempuan supaya dia merasa sayang untuk menggigitnya.
Berikan
rasa tidak sedap.
Mungkin anda juga boleh mencalitkan perasa pada kuku anak anda. Bagaimanapun
pastikan perasa tersebut tidak berbahaya seperti beracun, melukakan kulit, mata
dan tidak selamat jika termakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan