Aktiviti
percutian bersama anak-anak bertujuan untuk membuatkan mereka riang dan
gembira. Mungkin bagi kanak-kanak yang sudah besar, mereka berasa seronok bila
diajak berjalan tetapi bagaimana pula dengan si kecil yang tidak tahu apa.
Panduan memilih lokasi percutian mengikut usia anak anda mungkin boleh membantu aktiviti liburan menjadi kenangan menyeronokkan.
Bayi Baru Lahir
Paling mudah bercuti membawa bayi di bawah usia tiga bulan. Tiada rungutan daripada mereka kecuali sedikit gelisah jika anda tiada di sisi. Mungkin kerana mereka rasa kurang selamat dengan keadaan persekitaran yang baru. Sekiranya bercadang bercuti ke destinasi yang jauh dalam jangka masa yang lama, berjumpa doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat serta ubat apa yang perlu dibawa atau tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku perkara tidak diingini.
3 Hingga 6 Bulan
Ketika usia bayi sebegini anda boleh membawanya ke destinasi pelancongan yang lebih jauh kerana mereka sudah boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran.
6 Hingga 12 Bulan
Semakin besar semakin bijak. Perkembangan kanak-kanak semasa kecil sangat pantas. Ketika usia begini, mereka agak sukar dibawa berjalan. Mereka mudah mendapat kawan kerana begitu peramah dengan sesiapa sahaja.
Ini masa yang sesuai untuk memperkenalkan mereka dengan persekitaran. Pilihlah lokasi percutian yang dekat dengan alam semula jadi.
12 Hingga 18 bulan
Bersantai bersama kanak-kanak usia ini memang memenatkan. Mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Jadi, bawalah mereka ke tempat yang mudah anda awasi. Contohnya ke kawasan percutian yang ada permainan yang dibina khas untuk kanak-kanak.
18 Hingga 24 bulan
Mereka semakin bijak dan lasak. Anda sudah boleh membawa mereka ke mana sahaja. Jika bercuti di hotel, gunakanlah kemudahan yang disediakan bagi mengelakkan anda penat melayan kerenah mereka. Berenang di kolam renang selain daripada bersantai boleh juga anda mengajar mereka berenang.
2 Hingga 3 Tahun
Mereka sudah boleh diajar berbincang untuk memilih lokasi percutian. Oleh itu jangan lupa ambil kira pendapat mereka. Pada usia ini anda sudah boleh mengajar mereka adab sopan apabila melancong ke tempat orang. Selain itu, anda boleh mengajar mereka tentang kemahiran hidup. Jadi percutian berkhemah atau aktiviti lasak terutama kepada anak lelaki memang pilihan yang bijak.
Sebenarnya apa pun lokasi pilihan anda, yang penting anda berdua perlu bijak melakukan perancangan agar percutian lebih bermakna.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan