Dalam kejadian jam 12.30 pagi itu, bas dua tingkat milik Transnasional yang dinaiki 68 penumpang itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohamad Nor Mansor berkata siasatan awal kemalangan tersebut mendapati bahawa bas dipercayai telah hilang kawalan di satu selekoh di kawasan berkenaan sebelum melanggar beberapa tiang elektrik di sebelah kanan jalan sebelum terbalik ke kiri jalan.
“Sebelum bas tersebut hilang kawalan, pemandu bas dipercayai telah memotong beberapa kenderaan dan tempat kejadian merupakan kawasan menuruni bukit. Semasa kejadian pula keadaan persekitaran gelap dan permukaan jalan adalah kering,” katanya dalam satu SMS yang dikirim kepada Astro Awani
Mangsa
yang meninggal dunia dikenali sebagai seorang warga Somalia, Saeed Mohamad
Mohamud Abdalla, 31 dan isterinya Zarifah Alias, 26, serta seorang lelaki,
Suhaisam Che Abdulla, 33.
Saeed Mohamad adalah seorang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur manakala isterinya Zarifah pula berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan Suhaisam pula berasal dari Batang Kali, Selangor.
Ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
10 mangsa yang cedera pula termasuk pemandu bas berkenaan Wan Khairul Affendi Mustafa, 35, yang patah kaki kanan, Ruwaidi Jusuh, 35, Nur Sazren Fazhera Mohd Shanif, 20, Norzamera Abd Manaf, 24, Low Wan Yi, 23, Siti Nabila Mohd Nasir, 23, Tuan Rosnani Tuan Mohd Din, 22, Wan Muhamad Husin Abdullah, 54, Faizah Abdullah, 89 dan seorang warga Thailand yang dikenali sebagai Mamalutfee.
Sehingga kini, 55 penumpang yang berada dalam bas itu dirawat sebagai pesakit
luar di Hospital Bentong manakala mayat mangsa dibawa ke hospital yang sama
untuk dibedah siasat.
Penumpang yang mengalami cedera pula dirawat di Hospital Bentong dan Hospital Temerloh.
Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Penumpang yang mengalami cedera pula dirawat di Hospital Bentong dan Hospital Temerloh.
Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan