LONDON - Pemain biola terkenal, Vanessa Mae
mendakwa ibunya menggunakan cara yang keras untuk mendisplinkan dirinya serta
memperbaiki kesalahannya dalam latihan biola sejak kecil lagi.
Mae
mendakwa ibunya, Pamela Tan Nicholson yang merupakan seorang pemain piano sering
menampar serta menarik telinganya apabila dia melakukan kesalahan, selain
memaksa dia meminta maaf, menurut laman web, MailOnline, baru-baru ini.
Mae yang
kini berusia 35 tahun turut dihalang melakukan sebarang kerja selain berlatih
bermain biola serta dilarang keluar rumah bersendirian sehingga dia mencapai
umur 20 tahun, menurut laporan itu.
"Saya
sering berada di hadapan beribu-ribu penonton konsert di atas pentas serta di
kaca televisyen, tetapi saya tidak tahu melintas jalan sendiri.
"Saya
juga tidak mengemas katil sendiri atau pergi ke kedai untuk membeli barang
sendiri.
Saya rasa
saya terlalu dimanjakan kerana saya hanya dibenarkan bermain biola,"
katanya yang tidak menghubungi ibunya sejak hari lahirnya yang ke-21.
Namun,
ketika Mae mewakili negaranya, Thailand dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk,
baru-baru ini untuk acara ski, ibunya menghantar mesej ringkas mengucapkan
selamat berjaya kepadanya.
"Saya
ingin mengucapkan terima kasih kepadanya kerana kini saya boleh berdiri sendiri
dalam karier saya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan