m

IKAN BAKAR LEMAK PANDAN

 

Ikan Belanak adalah dari kelompok ikan laut, berbentuk tirus dan memanjang. Dalam bahasa Inggeris ianya di kenali sebagai Bluetail Mullet. Ikan belanak sering juga di temui di sekitar air payau atau air tawar. Ikan belanak mempunyai bibir bahagian atas lebih tebal dari bahagian bawah yang memudahkan untuk ia mencari makanan di dalam lumpur. Ciri-ciri lain ikan belanak mempunyai gigi yang sangat halus dan ada sesetengahnya tidak kelihatan lansung giginya.
Ikan belanak mempunyai sisik yang agak keras dan kulitnya agak tebal. Rasanya sangat lemak dan sedap di makan. Ikan ni agak payah juga di dapati di pasar. Kalau ada pun harganya boleh tahan juga mahalnya.

 

Sedapnya makan ikan belanak bakar di cicah pula dengan air asam. Kena pulak dengan nasi panas-panas. Isinya yang lemak dan lembut memang membuka selera.
Satu ekor ikan ni habis diratah sorang diri. Biasa ita jumpa ikan belanak ni kecil-kecil aje, tapi kali ni alhamdulillah dapat juga merasa ikan belanak yang agak besar. Memang agak payah nak jumpa ikan belanak yang besar terjual di pasar.. 

 

saya ambil keputusan untuk bakar aje ikan ni. Puas dapat merasa isi ikan yang lemak manis. Kali ni saya bakar lemak harum pandan. Emmmm... semerbak baunya bila keluar dari oven. Tak sabar rasanya nak merasa ikan yang sudah kuning keemasan ni..

Sedapnya bila di cicah dengan air asam. Kuah lemak meresap ke ikan menambahkan lagi rasa dan aroma pada ikan yg dah tersedia kelazatannya ni.. Apa tunggu lagi jom intai resepi yang mudah penyediannya ni.. semudah ABC 

 

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
2 ekor ikan ~ di siang dan di cuci bersih
2 helai daun pandan

Ikan yang telah di bersihkan tadi dililit dengan daun pandan dan sematkan daun pandan dengan lidi
Ketepikan

125 ml pati santan
3 ulas bawang putih ~ dikisar
8 ulas bawang merah ~ dikisar
Garam secukup rasa

CARA-CARA MEMBUATNYA:
Panaskan oven terlebih dahulu
Satukan bahan yang dikisar dengan santan dan garam secukup rasa
Lapiskan loyang pembakar dengan daun pisang
Susun ikan atas daun pisang
Tuangkan kuah santan atas ikan dan ratakan di kedua-dua belah
Bakar ikan dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit selama 30 minit atau sehingga ikan masak kuning keemasan
Hidangkan ikan dengan air asam

 

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
3 batang cili merah ~ dikisar halus
6 tangkai cili api ~ dikisar halus
Sedikit belacan bakar ~ dikisar
1 labu bawang besar ~ di hiris
2 biji tomato ~ didadu
1 kuntum bunga kantan ~ dirampai
4 tangkai daun kesum ~ dirampai
250 gm asam jawa ~ diramas bersama 6 sudu besar air tapis dan ambil airnya sahaja
2 biji limau kasturi ~ ambil jusnya
garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA MEMBUATNYA:
Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk yang besar
Tuangkan air asam
masukkan bawang hiris, tomato, bunga kantan dan daun kesum
Gaul rata
Perasakan dengan garam dan gula secukuprasa
Perahkan jus limau kasturi atau limau nipis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan