Assalamualaikum
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu..
Pantas betul masa berlalu sekarang kan.. sekejap aje dah bertemu hujung minggu.. Dah hampir melangkah ke pertengahan tahun..
Apa perancangan hujung minggu ni..?? Ada yang nak pergi bersiar-siar bersama keluarga.. atau makan-makan kat luar..
Ada juga yang merebut peluang cuti hujung minggu untuk melakukan aktiviti bersama keluarga.. sambil bersantai-santai..
Tak kisahlah apa pun aktiviti yang dilakukan.. janji ianya memberikan maanfaat kepada semua dan lakukan dengan ikhlas dan penuh rasa kasih sayang..

waaa... ada yang terkejut masuk dapur ita dah berubah halua telinga..
aikkk!! betul ke dapur saya Masam Manis ni... ke dah tersalah singgah..
Ini lah hasil kerja anak-anak saya bila mereka pulang bercuti.. ada aje yang nak dibuatnya..
Tapi saya suka.. suka melihat kan mereka mengeksplore kreativiti mereka. Sebenarnya anak-anak ni punya bakat masing-masing. Oleh itu jangan disekat bakat mereka.. biarkan mereka mencuba dan menilai sendiri kebolehan diri.. dan sebagai ibu bapa sudah semestinya kita berikan sokongan 100% atas bakat mereka..

Saya suka bila melihat mereka adik-beradik bersepakat dan bersama2
melakukan aktiviti. Merancang dan bertukar-tukar idea untuk melaksanakan
sesuatu perancangan. Kadang-kala idea mereka, tak terjangkau oleh akal
dan fikiran kita.
Tapi macam biasa lah kan.. budak-budak belasan tahun.. yang tiada asas tiada bahan.. tapi nak buat juga.. disebabkan rasa ingin mencuba yang terlalu tinggi.. Walaupun hasilnya tidak lah segah mereka yang memang mahir dan pakar dalam bidang ini.. tapi pada saya ianya sudah cukup membanggakan dan menyentuh hati..

Susah jugak nak buat video ni kan.. bagi mereka yang mahir,
berpengalaman dan ilmu penuh didada.. mungkin terasa ala.. kacang aje
kan..
Tapi bagi yang tiada pengalaman macam ita ni aduyaiii.. payahnya..
Masa yang di ambil anak2 ita untuk siapakn video ni 2 hari.. tapi kesian tak tidur malam dibuatnya.. sampai maknya tak berpeluang langsung nak guna komputer ni.. hihi kesian anak2 mak.. tak pe nanti mak belanja nasi lemak ye..
Oh, ya! bila bercakap pasal nasi lemak, ini lah nasi lemak yang digunakan dalam pengambaran video itu.. Nasi Lemak Kampung. Resepi nasi lemak yang biasa disediakan oleh mak saya. Cuma kali ni ita gunakan beras basmathi dalam penyediaan nasi lemak ni.

Ok, kalau kita guna beras biasa sukatan air tu hendaklah sama antara
sukatan beras dan air.. kalau beras yang biasa kita guna perlukan air
yang banyak kita sukatlah seperti biasa kita tanak nasi. Masa saya mula2
belajar masak nasi dengan mak saya.. Mak saya ajar, bila kita letak beras
dalam periuk dan tuangkan air.. sukatan air tu biarkah satu inc dari
permukaan beras. saya diajar supaya masukkan jari dan ukur hujung jari
tu.... air tu akan sampai dekat line pada jari yang pertama.. dari
permukaan beras.
Tapi bila kita guna beras basmathi, air yang diperlukan hendaklah banyak
dan beras perlu direndam dahulu, supaya bila kita masak, nasi berderai
tapi butiran beras tu lembut bila dinikmati.
Ok lah jom kita intai2 resepi yang mudah aje penyediaannya ni..

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN: ( NASI LEMAK KAMPUNG )
3 cawan beras basmathi ~ cuci bersih dan rendam sekejap ~ kemudian toskan airnya
2 cawan santan ~ dari 1 biji kelapa
3 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
2 helai daun pandan ~ disiat 2 dan disimpul
1 batang serai ~ dititik
2 sudu teh halba
1 sudu teh garam
2 inc halia ~ dihiris kasar atau dititik
3 ulas bawang merah ~ dihiris
CARA-CARA MEMBUATNYA:
Mula-mula kita pijarkan minyak dalam periuk
Tumiskanlan bawang, serai, halia, daun pandan dan halba hingga wangi
Masukkan air dan santan
Masak hingga mendidih
Tambahkan garam dan kacau rata.
Dalam periuk nasi kita tuangkan beras yang telah kita toskan airnya tadi
Kemudian kita tuangkan pula santan yang telah kita masak diatas tadi
Tanaklah nasi seperti biasa.
Bila dah masak kacau nasi dengan menggunakan chopsyik supaya beras tak patah
Nasi lemak sedia dihidangkan bersama sambal tumis, telur rebus atau telur dadar, timun, kacang goreng dan ikan bilis.

Selamat Menjamu Selera...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan