Sambal
tumis, satu masakan tradisi orang2 Malaysia..yelah baik mat letak
Malaysia, kalau sebut melayu sahaja, ada pulak yang mula nak try test
kutuk2 guaa...Hari ni nak share resipi sambal tumis ikan tongkol. Ini
resipi mudah, ikan tongkol goreng dulu, tapi jangan garing sangat, biar
embal2..buat sambal dan masukkan ikan. Kalau anda nak mudah lagi
kan..kan..kan..buat sambal awal2, buat
banyakkkkkkkkkk..........banyakkkkkkkkkkkk....lepas tu sejukkan, simpan
dalam botol, bila nak makan sambal ikan, panaskan sambal tu, cempak
ikan, nak sambal ayam, cempak pulak ayam, tapi itu ayam kasi goreng dulu
lah. Kalau nak rasa seksi, titikkan serai sebatang dia, yang ni kalau
sambal ayam memang sesuai, kalau nak ala2 rasa nyonya, tambah hirisan
bunga kantan..memang penggsan waa cakap sama luu... Sesuai juga untuk
mak2 yang bekerja. Cuma mat sarankan tumis tu guna minyak lebih sikit.
Kalau nak lagi sehat walafiat, guna minyak jagung, tak pun canola
oil..nak lagi sehat, guna minyak zaitun tapi beli yang untuk buat
goreng2 punya lah..Ok..jom semak resipi...
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan tongkol saiz sederhana
3/4 cawan jus asam jawa
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1 biji bawang besar belah 6 dan leraikan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
- Masukkan jus asam jawa, gula secukup rasa dan sedikit garam, gaul rata dan biar mendidih. Tambah ikan tadi dan gaul rata. Kecilkan api dan masak hingga sambak pekat.
- Masukkan bawang besar. Masak hingga bawang lembut, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidang bersama nasi dan apa2 makanan kegemaran anda.... ^__^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan