m

Aktiviti Merangsang Perkembangan

 

Kanak-kanak memang terkenal sebagai golongan yang aktif dan cergas. Ada sahaja yang ingin mereka lakukan walaupun sekadar duduk di dalam rumah. Kreativiti dalam mencipta aktiviti memang patut diberikan galakan dan rangsangan kerana ia membantu perkembangan minda mereka yang cerdas.

Galakkan anak anda untuk aktif dalam aktiviti fizikal kerana ia melibatkan pergerakan otot kecil dan besar mereka yang sedang terbina.  Kemahiran motor besar atau motor kasar terbina terlebih dahulu, maka tidak hairanlah mengapa kanak-kanak berusia 3-6 tahun suka aktiviti berlari, melompat, memanjat and berguling berbanding duduk sahaja.

Walaupun mereka sedang melakukan aktiviti seperti mewarna atau bermain alat permainan, kebanyakan kanak-kanak usia ini sukar duduk diam. Bagaimanapun ia adalah idea yang baik untuk menggabungkan kedua jenis aktiviti ini untuk merangsang minda mereka.
Berikut bebrapa cara untuk meningkatkan perkembangan fizikal kanak-kanak usia prasekolah:
  • *Beriadah sekeluarga. Selang -selikan aktiviti berjalan, berlari, berjoging dan berkawad. Buat permainan mengumpul ranting atau daun pokok ketika anda berjalan.
  • *Galakkan anak bermain kotak pasir. Penuhkan kotak dengan permainan pasir yang menggalakkan manipulasi kemahiran halus mereka.
  • *Bermain air di halaman rumah tentu menggembirakan anak-anak anda tetapi pastikan anda memantau keselamatan mereka ketika bermain air.
  • *Permainan berhalangan di ruang tamu seperti menyusun kusyen sofa, kotak kadbod, permainan atau apa sahaja yang tidak berbahaya agar anak anda boleh berlari, menyorok dan memanjat.
  • *Bermain meniru gaya haiwan kerana ia salah satu daripada kegemaran anak kecil. Anda boleh menyuruh anak meniru gaya ayam berjalan, terbang seperti kapal terbang  dan sebagainya.
  • *Bermain bola kerana permainan melibatkan menendang, membaling dan menangkap adalah latihan yang bagus.
  • *Pasang muzik dan menarik bersama si kecil. Bermain alat muzik juga membantu merangsang perkembangan fizikal.
  • *Aktiviti membasuh kerana bersama juga menyeronokkan anak-anak. Tiup belon dan biarkan si kecil cuba menangkapnya.
  • *Main puppet show menggunakan stoking yang direka menjadi puppet. Ia pasti merangsang kreativiti anak anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan