Keletihan
dan komitmen baru isteri setelah bergelar ibu membuatkan suami terabai.
Akibatnya, bahang asmara semakin suam. Jadi, anda sebagai suami cubalah bantu
isteri untuk menghangatkannya kembali. Untuk itu, marilah dapatkan tip
berkesan.
Kehadiran
anak mengubah segalanya. Bagi ibu baru, memang sukar untuk mereka menyesuaikan
diri dengan keadaan ini. Dalam kesakitan, keletihan dan emosi yang tidak
stabil, dia masih perlu berikan perhatian pada si kecil. Jadi, tidak hairanlah
jika mereka terlepas pandang pada anda yang bergelar suami.
Bagi ramai
wanita, mengadakan hubungan intim dengan suami boleh jadi sangat mencabar
selepas ada anak. Kehadiran anak menjadikan mereka hampir tidak ada masa untuk
pasangan. Setiap detik hanyalah untuk anak. Lebih-lebih pada peringkat awal
bergelar ibu. Keadaan bertambah kronik jika anda sebagai suami tidak membantu.
Seperti yang kita semua ketahui, bayi sangat-sangat perlukan perhatian dan
kasih sayang daripada ibu bapanya. Jadi, ringan-ringankanlah tangan sekiranya
anda mendapati isteri kelam-kabut menguruskan anak dan rumah tangga sendirian.
Apabila
isteri sudah kurang sibuk, pasti dia ada masa untuk anda. Betul tak?
Bersama-sama ini ada beberapa idea
bagaimana untuk terus bermesra dengan isteri selepas ada anak:
Berbincang
Lazimnya,
anak membuatkan pasangan isteri terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti dengan
anak. Langsung tidak ada masa untuk anda. Cara terbaik bagi memastikan aktiviti
seksual tidak terganggu ialah dengan menetapkan masa untuk bersama.
Berbincanglah bersama isteri dan cari waktu yang sesuai yang boleh anda luangkan
bersama. Diakui bukan mudah untuk mencari masa luang lebih-lebih lagi jika ada
anak kecil. Tapi percayalah. Mesti ada jalan. Yang pentingnya kemahuan. Tepuk
dada tanya selera.
Mesti kreatif
Ramai
pasangan enggan melakukan hubungan kelamin kerana bimbang anak akan nampak atau
dengar apa yang mereka lakukan. Jika hal ini menjadi masalah anda dan isteri,
ada beberapa perkara boleh anda lakukan. Lakukannya di dalam bilik tetapi
jangan lupa mengunci pintu. Selain itu, ajar anak mengetuk dahulu pintu bilik
sebelum masuk. Anda boleh juga melakukannya pada waktu malam tatkala anak
sedang tidur. Tapi, pastikan jangan terlalu bising hingga mengganggu tidur
mereka. Kalau susah sangat, waktu mandi pun boleh.
Timbulkan rasa seronok
Setelah
berjaya meluangkan masa bersama isteri, berseronoklah dan nikmati saat itu
sebaiknya. Sebaik-baiknya, elakkan daripada bercerita tentang anak-anak.
Lupakan mereka buat sementara. Ketahuilah bahawa masa bersama isteri tidak
seharusnya untuk hubungan intim semata-mata. Banyak perkara boleh anda lakukan
selain itu. Misalnya, bermanja-manja, menonton filem menarik dan mandi bersama.
Patut
papa lakukan:
Aturkan
percutian romantik bersama isteri untuk kembalikan kehangatan cinta semalam.
Lakukan
perkara-perkara romantik bersama isteri seperti yang biasa anda lakukan dahulu.
Belajar
untuk fahami perubahan fizikal dan emosi isteri setelah bergelar ibu.
Tawarkan
diri untuk menjaga anak agar isteri ada masa untuk dirinya sendiri.
Berikan
isteri hadiah yang boleh menggembirakan hatinya.
Sentiasa
memuji kecantikan isteri. Tetapi pastikan anda ikhlas.
Luahkan
apa yang anda rasa padanya. Tidak kiralah sama ada yang positif mahupun
negatif. Semua ini untuk keharmonian rumah tangga anda berdua.
Jangan
buat:
Merungut padanya
tentang kehidupan anda berdua yang sudah jauh berbeza.
Memaksa
dia dapatkan kembali susuk tubuh seperti ketika baru berkahwin dahulu.
Memandang
remeh susah payah isteri menjaga keluarga.
Asyik
hendak berkepit dengan isteri tanpa memikirkan yang dia bukan milik anda
seorang.
Memaksa
dia memperuntukkan masa untuk anda sedangkan anda tidak membantunya menguruskan
anak-anak.
Tip
segarkan dunia seksual anda
1.
Pengertian makna seksual sebenar
Beritahu
diri bahawa seks bukanlah hubungan intim semata-mata. Malah, lebih daripada
itu. Oleh itu, para suami luang sedikit masa di pagi hari untuk membelai mesra
rambut isteri sebagai tanpa kasih dan sayang anda pada isteri.
2. Kisah
cinta anda berdua
Cubalah
elakkan daripada bercerita tentang anak-anak tatkala anda sedang berdua-duaan
dengan isteri. Berceritalah tentang kisah cinta anda berdua dan impian pada
masa hadapan. Pasti lebih menyeronokkan.
3. Jadi
lebih kreatif
Untuk
bermesra dengan isteri, tidak semestinya di rumah. Ada banyak tempat yang boleh
anda pilih. Misalnya di hotel. Fikirlah sendiri mana yang sesuai dengan cita
rasa anda berdua. Yang pentingnya anda berdua rasa gembira.
4. Aksi
spontan
Hubungan
kelamin bukan hanya di bilik. Banyak lagi ruang di rumah anda yang boleh
dijelajah untuk berikan kelainan. Tapi, sebelum itu, pastikan tidak ada yang
perasaan aktiviti anda berdua. Terutamanya anak-anak.
5. Lebih
realistik
Jangan
malu-malu minta pada isteri jika anda ‘mahu’ kerana isteri tidak tahu apa yang
ada dalam fikiran anda. Lebih baik berterus-terang. Kalau tidak ada yang tidur
tak nyenyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan