Azmin berkata beliau telah berbincang panjang dengan Anwar sebelum membuat keputusan tersebut.
"Hari ini saya juga sudah berbincang panjang dengan Anwar, sebelum kita buat keputusan akhir untuk saya kekalkan jawatan sekarang," katanya selepas menyerahkan borang pencalonan di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.
Katanya, beliau menghormati keputusan calon-calon lain yang turut bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.
Azmin berkata, ahli-ahli PKR akan menentukan nasib semua calon yang bertanding pada pemilihan kali ini.
"Saya fikir saya mempunyai rekod perkhidmatan yang baik bukan sahaja dalam parti malah sewaktu untuk membentuk parti ini sejak 15 tahun lalu.
"Kami bina parti ini sejak 1998 dan sekarang keadilan menjadi parti yang paling kuat dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Azmin akan ditentang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Naib Presiden Tian Chua, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk K. Ramachandram dan Murali Subramaniam.
Pemilihan pucuk pimpinan PKR akan diadakan pada Mei depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan