Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR, Datuk Johari Abdul mengumumkan perkara berkenaan selepas tempoh menghantar pencalonan ditutup pukul 5 petang tadi.
Anwar sebelum ini memegang jawatan Ketua Umum PKR.
Pertandingan seumpamanya merupakan yang pertama kali dalam sejarah pemilihan parti politik di Malaysia.
Sementara bagi jawatan Timbalan Presiden PKR, enam calon akan merebut jawatan tersebut.
Penyandang jawatan tersebut, Mohd Azmin Ali akan ditentang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Naib Presiden Tian Chua, Datuk K.Ramachandram dan Murali Subramaniam.
16 calon akan berebut tiga jawatan Naib Presiden antaranya Nurul Izzah Anwar, Fuziah Salleh, Mohd Rafizi Ramli dan Shamsul Iskandar Md Akin.
Selain bertanding jawatan timbalan presiden, Tian Chua juga turut mempertahankan jawatan naib presiden.
Tiga calon diumumkan akan bertanding jawatab Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).
ADUN Sri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan ADUN Batu Caves Aminuddin Shaari serta Naib Ketua AMK merupakan calon yang bakal merebut jawatan Ketua AMK.
Sementara ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang merupakan penyandang jawatan Ketua Wanita PKR akan ditentang oleh ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail.
Seramai 78 calon akan bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.
Hanya 20 calon akan dipilih untuk jawatan MPP PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan