KUALA LUMPUR: Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) positif bahawa cuaca baik pada hari Jumaat akan membantu dalam mencari kedua-dua ' objek ' dikesan oleh satelit di bahagian selatan Lautan Hindi.
Pengurus Besar Bahagian Kecemasan AMSA John Young berkata mereka telah merancang semula pelan carian pada hari Jumaat untuk menjadikannya lebih 'visual'. Pesawat dijangka terbang rendah dengan juruterbang yang terlatih dapat mencari petunjuk visual.
"Semalam keadaan tidak baik dengan jarak penglihatan yang terhad, pesawat melakukan pencarian radar dan tidak menjumpai apa-apa,” kata beliau dalam satu siaran video yang dimuatnaik di akaun rasmi YouTube milik AMSA.
"Hari ini ramalan cuaca lebih baik, ada awan yang rendah tetapi ia tidak menjejaskan kelihatan," katanya.
Pada masa ini, lima pesawat diterbangkan untuk mencari 'objek' ditemui oleh imej satelit.
Ia termasuk tiga pesawat P3 milik Tentera Udara Diraja Australia, sebuah jet korporat panjang dan P8 Poseidon milik tentera laut Amerika Syarikat.
John berkata AMSA akan operasi untuk hari ini akan berakhir pada jam 10 malam waktu Australia Timur.
Pihak berkuasa Australia percaya bahawa dua objek berkenaan - satu seluas 24 meter - dikesan oleh satelit di bahagian selatan Lautan Hindi menjadi petunjuk yang ‘amat berwibawa’ untuk mengalihkan carian skala penuh penerbangan MH370 ke kawasan ini.
AMSA pada hari Khamis, bagaimanapun, mengingatkan bahawa carian untuk objek ini di laut ini adalah satu tugas yang sukar dan boleh menyebabkan hasil yang negatif berdasarkan pengalaman lepas.
AMSA bagaimanapun tidak berputus asa terhadap misi ini.
"Pelan esok adalah untuk melakukan perkara yang sama sekali lagi. Kita akan bergerak mengikut arah pergerakan air pada waktu malam,” jelas beliau.
AMSA juga akan berusaha jika mereka boleh mendapat imej satelit lagi supaya ia boleh memberikan maklumat yang baru.
"Kami tetap memberi tumpuan untuk mencari orang yang masih hidup, dan itulah perancangan kami esok (Jumaat),” kata John.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan