Tahniah diucapkan kepada pelakon yang juga juara program 'Anak Wayang'
musim pertama, Hairi Safwan yang telah sah bergelar suami kepada wanita
pilihannya, Fara Afiza Azman dengan sekali lafaz, Sabtu lalu.
Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan
Rujuk Orang Islam kawasan Kepala Batas Pulau Pinang, Jamal Darus di
Masjid Abdullah Fahim, di sini.
Dalam majlis itu, pihak lelaki telah menyerahkan mas kahwin berupa
seutas gelang tangan bernilai RM3,000 dan wang hantaran sebanyak
RM15,000.
Pihak lelaki turut memberikan sembilan dulang hantaran dan dibalas dengan sebelas dulang oleh pengantin perempuan.
Memetik laporan sebuah portal berita, majlis resepsi pasangan ini akan
diadakan pada 7 Jun depan di Dewan Bandaraya Alor Setar, Kedah yang
merupakan negeri kelahiran Hairi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan