m

Laures umum olahragawan/olahragawati terbaik

 

KUALA LUMPUR - Sebastian Vettel dari Jerman dan Missy Franklin dari Amerika Syarikat masing-masing diumumkan sebagai olahragawan dan olahragawati dunia di majlis Anugerah Sukan Dunia Laures 2014 di Istana Budaya, malam tadi.

Majlis itu dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Vettel, juara dunia empat kali kejohanan Formula Satu termuda dalam sejarah pada usia 26, terharu apabila menerima anugerah itu.


"Untuk dicalonkan bagi anugerah ini merupakan satu penghormatan besar bagi saya dan untuk menerima anugerah ini, ia benar-benar sangat istimewa. Ia benar-benar satu saat yang istimewa bagi saya kerana saya dapat duduk bersam-sama dengan legenda sukan yang hebat," kata Vettel dalam sidang ahkbar selepas menerima anugerah itu.


Katanya beliau tidak pernah memandang rendah kemampuan calon-calon lain antaranya pemain bola sepak penuh sensasi dari Portugal, Christiano Ronaldo dan pemain tenis nombor satu dunia, Rafael Nadal.


"Calon-calon lain juga sangat komited dalam dunia sukan mereka sendiri tetapi saya menikmati penghormatan untuk menerima anugerah ini," katanya.


Perenang Amerika Syarikat, Missy Franklin yang mencipta sejarah dalam kejohanan Renang Dunia tidak dapat berkata-kata apabila menerima anugerah.


"Ia sukar dipercayai, saya tidak boleh bayangkan. Terdapat begitu ramai atlet yang hebat dan saya dipilih," kata Franklin dalam ucapan ringkasnya selepas menerima trofi.


Dalam ucapannya, Franklin menyampaikan ucapan takziah yang tidak terhingga kepada anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan telah berakhir di selatan Lautan Hindi.

"Ingatan dan doa saya bersama mereka," kata perenang berusia 18 tahun itu

.
Untuk rekod, Franklin memenangi enam pingat emas - tiga acara individu dan tiga acara berganti-ganti - dalam satu kejohanan peringkat dunia di Barcelona, Sepanyol tahun lepas. Beliau juga memenangi empat pingat emas di Sukan Olimpik London 2012.


Marc Marquez dari Sepanyol menerima Anugerah Pencapaian Terbaik Laureus selepas memenangi kejohanan MotoGP dunia pada usia 20 tahun.


Ia merupakan anugerah Laureus yang pertama buat Marquez tetapi rakan senegaranya Rafael Nadal meraih anugerah Laureus Statuette yang ketiga apabila memenangi anugerah kemunculan semula terbaik, kemunculan selepas tujuh bulan akibat kecederaan untuk memenangi kejuaraan Terbuka Perancis dan Grand Slam Terbuka Amerika dan menduduki semula ranking Nombor Satu dunia.


Sementara itu, pasukan bola sepak Jerman Bayern Munich dipilih sebagai pasukan terbaik dan pelumba BMX Jamie Bestwick dari United Kingdom sebagai penerima anugerah atlet aksi terbaik atas prestasi cemerlang dalam X-Games selepas memenangi lapan pingat emas berturut-turut.


Pasukan Kriket Afghanistan, yang ditubuhkan di sebuah negara yang dilanda peperangan dan melayakkan diri kali pertama dalam pertandingan Piala Kriket Dunia pada 2013, muncul sebagai pemenang bagi pencapaian terbaik.

 
Marie Bochet, 19, dari Perancis memenangi anugerah atlet kurangupaya terbaikselepas muncul atlet pertama untuk melengkapkan lima acara bagi Grand Slam dalam satu kejohanan dunia ski Alpine.


Pemenang Anugerah Sukan Dunia Laureus 2014:
  • Olahragawan Terbaik Dunia Laureus: Sebastian Vettel
  • Olahragawati Dunia Laureus: Missy Franklin
  • Pasukan Terbaik Dunia Laureus: Bayern Munich
  • Pencapaian Terbaik Dunia Laureus: Marc Marquez
  • Kemunculan Semula Terbaik Dunia Laureus: Rafael Nadal
  • Atlet Sukan Kurang Upaya Terbaik Dunia Laureus: Marie Bochet
  • Atlet Aksi Terbaik Dunia Laureus: Jamie Bestwick
  • Dua anugerah tambahan: Anugerah Sukan Semangat Laureus diberikan kepada
  • Pasukan Kriket Afghanistan dan Anugerah Sukan Terbaik Laureus diraih Magic Bus, projek komuniti berasakan sukan di India.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan