Pengorbanan
di dalam kehidupan sememangnya merupakan lumrah kehidupan kita seorang insan
yang bernama manusia.Pengorbanan seorang ibu,pengorbanan seorang ayah dan
lain-lain jenis pengorbanan yang dilakukan untuk membahagiakan anak-anak.Pengorbanan
ibu bapa kita merupakan pengorbanan paling tinggi yang kita tidak wajar
dilupakan.Susah-payah mereka membesarkan kita sehingga menjadi insan yang
berguna kepada agama,bangsa,masyarakat dan negara.
Usahlah,janganlah
kita melupakan akan pengorbanan yang dilakukan oleh ibu kita.Dia telah
mengandungkan kita,bukannya sekejap tetapi sembilan bulan sepuluh hari kita di
dalam kandungan,dibawa bersama-sama payah jerih ditanggungnya.Dia melahirkan
kita,menyusukan kita,amat tinggi pengorbanannya.Semasa kita kecil,ketika waktu
tidur ibu kita menjaga kita,kalau boleh seekor nyamuk pun tak dibenar gigit
kita.Dijaga dan dibelai,pengorbanan ibu membawa kita ke syurga kerana ada
pepatah melayu mengatakan “pintu syurga di bawah telapak kaki ibu”.
Seorang
lelaki yang bergelar “bapa”mempunyai pengorbanan yang tinggi disebalik
pengorbanan seorang ibu.Bapa kita telah membesarkan kita,dia telah bersusah
payah untuk membesarkan kita walaupun dihimpit pelbagai masalah dan cabaran
kehidupan.Alangkah besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh ibu dan bapa kita
untuk membesarkan kita.Sebagai anak-anak kita wajib membalas akan pengorbanan
yang telah mereka berikan kepada kita sehingga kita mampu berjaya dalam
kehidupan,walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan sebarang balasan dari
anak-anak mereka.Percayalah ALLAH pasti membalasnya kerana redha ALLAH terletak
pada redha ibu-bapa kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan