Kita sedia
maklum tentang kebaikan makan buah iaitu ia satu amalan pemakanan yang sihat. Namun,
sejauh mana anda memahami faedah yang dapat diperoleh jika badan menerima
buah-buahan sebagai antara sumber makanan?
Buah-buahan
bukan sekadar dibasuh, dipotong dan dimakan. Tahukah anda, bahawa dengan
memakan buah sebelum mengambil makanan lain, banyak manfaat yang dapat
diperoleh.
Antaranya
ialah membuang segala sisa toksid yang ada dalam badan dan membekalkan tenaga
yang mencukupi untuk kegunaan aktiviti harian.
Buah-buahan
adalah makanan yang tidak boleh ditinggalkan kerana khasiatnya yang pelbagai.
Katakanlah anda makan dua keping roti dan kemudian sepotong buah. Disebabkan
buah mudah dihadam berbanding roti, buah akan terlebih dahulu bersedia untuk ke
perut melalui usus.
Tetapi
perjalanan tersebut terhalang oleh roti yang mengambil sedikit masa untuk
hadam. Dalam tempoh menunggu, makanan tadi yang sedang mengalami proses
penapaian akhirnya menukarkan tahap pHnya kepada asid.
Akibatnya,
apabila buah bertemu dengan makanan yang ada dalam perut dan jus penghadaman,
kesemuanya rosak. Jadi, adalah lebih baik jika anda makan buah ketika perut
sedang kosong atau sebelum makan.
Buah-buahan
jika bercampur dengan makanan yang sudah menapai akan menghasilkan gas yang
akhirnya membuatkan anda sendawa. Selain dari itu, masalah rambut beruban,
membotak dan tanda hitam sekitar mata tidak akan terjadi jika anda amalkan
makan buah sebelum makan makanan lain.
Kajian
yang dijalankan juga menunjukkan bahawa semua jenis buah akan bertukar menjadi
sifat alkali dalam badan manusia. Jadi, tidak benar kenyataan yang mengatakan
buah seperti limau atau oren yang berasid akan menyebabkan perut turut berasid.
Tertib
makan buah
Selain
dari itu, jika minum jus buah-buahan, minumlah yang segar dan bukan daripada
tin. Jangan minum jus yang sudah dipanaskan dan jangan makan buah-buahan yang
sudah dimasak kerana di dalamnya sudah tiada khasiat.
Jadi,
berhentilah makan bubur durian jika anda mahu mendapat khasiat buah durian.
Memasak buah-buahan akan membuatkan segala vitamin yang terkandung di dalamnya
musnah.
Makan
buah-buahan jauh lebih baik daripada hanya minum jusnya kerana serat pada
buah-buahan sangat baik untuk kita. Jika anda minum jus, minumlah
perlahan-lahan kerana anda perlu membiarkan jus tersebut bercampur dengan air
liur sebelum menelannya.
Tahukah
anda bahawa makan buah akan lebih bermanfaat jika tahu bila dan bagaimana cara
yang betul menikmatinya. Ketahuilah bahawa cara terbaik makan buah adalah
ketika perut kosong.
Bukan
seperti amalan yang sering dilakukan iaitu mengambilnya sebagai makanan pencuci
mulut selepas hidangan utama.
Untuk
memulakan hidup dengan buah-buahan, amalkan memakannya selama tiga hari
berturut-turut. Inilah cara paling mudah dan berkesan untuk mencuci segala
toksik dalam badan.
Didik si
kecil anda juga untuk makan buah sejak mula memperkenalkan mereka dengan
makanan pejal. Jadikan buah-buahan sebagai sajian tetap sebelum memulakan
sajian utama dalam menu keluarga.
Anda hanya
perlu makan buah-buahan dan minum jus sepanjang tiga hari itu dan anda pasti
terkejut jika rakan mengatakan anda kelihatan begitu berseri-seri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan