"Ketika usaha mencari MH370 diteruskan, kami tetap memberi fokus untuk mengecilkan kawasan pencarian.
"Hasil kerjasama kukuh daripada rakan-rakan antarabangsa, cabaran tidak lagi bersifat diplomatik. Ia sekarang tertumpu pada teknikal dan logistik.
Oleh kerana skala siasatan sekarang lebih kompleks, pemberitahuan maklumat teknikal dan logistik akan dikendalikan secara berbeza. Seperti yang anda lihat hari ini, ini bermakna Malaysia Airlines menjalankan usaha untuk berkomunikasi dengan keluarga penumpang.
"Ketika kawasan pencarian dikecilkan, cabaran baru timbul termasuk menguruskan sumber di kawasan mencari dan menyelamat yang terpencil. Kami meneruskan kerjasama dengan negara-negara sahabat dan rakan ketika kami berusaha mendapatkan lebih banyak sumber bagi menyokong operasi di kawasan terbabit.
Data baharu
"Malam tadi, Perdana Menteri(Datuk Seri Najib Tun Razak) mengumumkan bahawa menurut analisis baharu data satelit, INMARSAT iaitu firma satelit Britain dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) membuat kesimpulan bahawa penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
"Hari ini, saya akan memberi butiran lanjut tentang bagaimana data itu dianalisis seperti yang disalurkan. Maklumat ini lebih bersifat teknikal, Jadi, walaupun saya akan memberikan seberapa banyak maklumat yang boleh, saya tidak akan menjawab soalan-soalan mengenai analisis data hari ini.
"Bagaimanapun, kami akan menerima soalan bertulis yang akan dijawab secepat mungkin. Kami akan menyalurkan maklumat ini dalam kenyataan akhbar selepas sidang media ini berakhir. Ini adalah maklumat yang disalurkan kepada kami oleh AAIB.
Butiran lanjut
"Kebelakangan ini, Inmarsat menggunakan teknik inovasi yang menghuraikan masa isyarat untuk sampai ke satelit dan sudut ketinggian. Berdasarkan pergerakan ini, arus gelombang yang diterima dan dipancarkan akan berbeza dan keadaan ini sama seperti bunyi kereta yang lalu akan berubah selepas mendekati atau memotong. Ini dipanggil kesan Doppler.
"Teknik Inmarsat menganalisis perbezaan antara gelombang yang stesen di bumi dijangka menerima dan gelombang yang sebenarnya diukur. . Perbezaan ini adalah hasil kesan Doppler dan dikenali sebagai "Burst Frequency Offset."
"Burst Frequency Offset berubah bergantung kepada lokasi pesawat pada kemungkinan kedudukan lengkok, arah penerbangan serta kelajuannya.
"Untuk mengukuhkan kayakinan pada teorinya, Inmarsat menyemak ramalannya menggunakan maklumat yang diperoleh daripada enam lagi pesawat B777 yang terbang pada hari yang sama dalam pelbagai arah.
"Semasa berada di landasan lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan semasa peringkat awal penerbangan, MH370 menghantar beberapa mesej.
"Pada peringkat ini, kedudukan pesawat dan satelit diketahui, dan ini memungkinkan untuk menghuraikan kiraan mengenai cici-ciri sistem bagi pesawat, satelit dan stesen bumi.
"Analisis itu menunjukkan tahap komunikasi yang lemah dengan koridor utara tetapi jelas dengan koridor Selatan, dan bergantung kepada kelajuan pesawat, ia memungkinkan untuk menentukan kedudukan pada 0011 UTC, iaitu perhubungan terakhir berlaku.
Saya ingin menarik perhatian bahawa ini bukan kedudukan terakhir pesawat.
"Ada bukti mengenai perhubungan yang hanya sebahagian antara pesawat dan stesen bumi pada 0019 UTC. Pada ketika ini, penghantaran istarat tidak difahami dan perlu analisis lanjut.
"Tiada respons diterima daripada pesawat pada 0115 UTC, apabila stesen bumi menghantar mesej log on/log off selanjutnya. Ini menunjukkan bahawa pesawat tidak lagi berada dalam log pada jaringan komunikasi.
"Oleh itu, antara 0011 UTC dan 0115 UTC, pesawat tidak lagi berupaya untuk berkomunikasi dengan stesen bumi.
"Analisis oleh INMARSAT menjadi asas petunjuk bagi analisis lanjut untuk cuba menentukan posisi terakhir pesawat.
"Oleh itu, pasukan siasatan Malaysia telah menubuhkan kumpulan kerja antarabangsa terdiri daripada agensi yang mempunyai kepakaran dalam komunikasi satelit dan keupayaan pesawat, untuk membuat huraian lanjut.
Latarbelakang teknikal
"Analisis baru yang saya huraikan adalah cukup meyakinkan untuk AAIB memberi taklimat kepada Perdana Menteri bahawa MH370 terbang melintasi koridor selatan dan bahawa kedudukan terakhirnya ialah di tengah Lautan Hindi, ke barat Perth.
"Dalam masa bebarapa jam, keluarga penumpang telah dimaklumkan, dan Perdana Menteri mengumumkan perkembangan terkini itu kepada dunia.
"Seperti diumumkan Perdana Menteri, analisis seperti ini belum pernah diguna pakai dalam siasatan sebelum ini.
"Ada banyak lagi usaha yang perlu dilakukan, dan kami berterima kasih kepada Inmarsat, AAIB dan pasukan siasatan antarabangsa yang meneruskan kerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia.
Perkembangan terkini operasi.
"Hasil analisis data terbaru ini, operasi mencari dan menyelamat di koridor utara dihentikan. Kami juga telah menghentikan operasi pencarian di bahagian utara koridor selatan, berhampiran Indonesia.
"Semua usaha pencarian sekarang tertumpu di bahagian selatan koridor selatan, meliputi kawasan kira-kira 469,407 batu nautika persegi berbanding 2.24 juta batu nautika persegi yang diumumkan pada 18 Mac.
"Kami sedang bekerjasama untuk mengecilkan lagi kawasan pencarian, menggunakan empat cara yang saya umumkan sebelumnya: memperoleh maklumat daripada pemantauan satelit, analisis pemantauan data daripada radar, menambah aset udara dan darat, dan menambah pakar-pakar teknikal dan pakar dalam setiap bidang.
"Mengenai aset yang digerakkan, 2 pesawat Korea berlepas dari pangkalan udara Subang menuju ke Perth pagi tadi untuk membantu dalam operasi pencarian pelbagai negara.
"Tiada penerbangan dari Perth ke kawasan pencarian dilaporkan hari ini kerana cuaca buruk.
"Enam kapal China kini berada di kawasan pencarian. Kapal-kapal itu dijangka tiba di sekitar kedudukan terakhir MH370 menjelang pagi esok. Kapal-kapal ini termasuk kapal pemecah ais "Xue Long.
"HMAS Success juga sekarang berada di kawasan pencarian.
"American Towed Pinger Locater peralatan yang berupaya mengesan kotak hitam -- kini dalam pelayaran ke Perth dan akan tiba esok. Sistem itu akan dipasang pada kapal tentera laut Australia Ocean Shield, yang dijangka tiba di Perth pada 28 Mac.
"Ocean Shield, yang dilengkapi Towed Pinger Locater, dijangka tiba di kawasan pencarian pada 5 April.
Kenyataan kesimpulan
"Analisis baru yang diguna pakai dalam siasatan oleh Inmarsat dan AAIB memberi tumpuan di bahagian selatan koridor selatan.
"Walaupun pengumuman semalam adalah saat-saat yang sukar untuk anggota keluarga, tetapi seperti ditegaskan Perdana Menteri, ia dibuat kerana komited kepada sikap terbuka dan menghormati anggota keluarga terbabit, dua prinsip yang menjadi amalan dalam siasatan.
MH370: Kerajaan sedia timbang tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mempertimbangkan sama ada untuk menubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja atau membentuk Jawatankuasa Parlimen dalam satu inkuiri siasatan berhubung kehilangan Pesawat MH370 Penerbangan Malaysia.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau telah diberikan dua saranan dari beberapa pihak dalam membuat inkuiri siasatan berhubung kehilangan pesawat tersebut.
"Terdapat saranan untuk menubuhkan satu inkuiri siasatan di mana ahli dari Jawatankuasa Parlimen akan dipilih untuk menyertainya manakala satu lagi gesaan adalah agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja namun saya tiada kuasa untuk membuat keputusan itu," katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang tadi.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan bagaimanapun mengesahkan bahawa Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) sedang menjalankan inkuiri mereka sendiri terhadap kes tersebut.
"Malah, Kementerian Pengangkutan juga sedang memilih anggotanya untuk dibawa ke Lembaga Inkuiri yang akan ditubuhkan nanti,".
Beliau juga telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk membangkitkan perkara tersebut pada Mesyuarat Kabinet yang akan berlangsung pada Jumaat ini.
"Perkara yang berlaku ini agak mengejutkan tanpa diduga apa yang telah kita lalui selama ini akan menjadi indikasi penting bagi kita apabila bertemu dalam mesyuarat kabinet itu nanti,".
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang turut berada pada sidang media yang sama memberitahu bahawa siasatan terhadap alat simulator penerbangan yang diambil dari rumah juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah masih lagi berjalan.
"Kita masih lagi menunggu laporan dari rakan-rakan kita dari luar negara dan selain tu juga siasatan kita masih lagi berterusan melibatkan empat aspek yang pernah kita jelaskan dahulu," kata Khalid.
Namun, beliau enggan mendedahkan sebarang maklumat awal siasatan kerana tidak mahu ianya mengganggu siasatan.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengesahkan bahawa perjalanan pesawat MH370 itu telah berakhir di selatan Lautan Hindi.
Pengesahan itu dilakukan selepas menerima maklumat kedudukan terakhir pesawat itu yang didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, INMARSAT dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) dan mendapati pesawat Boeing 777-200 itu telah terbang ke jalur selatan iaitu isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.
Akhbar tempatan terbit dengan muka depan hitam
Selamat Omar, bapa kepada salah seorang penumpang
pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH 370, Mohd Khairul Amri Selamat,
membaca akhbar tempatan pagi tadi.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/akhbar-tempatan-terbit-dengan-muka-depan-hitam-32534?cp
Akhbar The Star menerbitkan muka depannya dengan memaparkan nama kesemua 239 orang yang menaiki pesawat malang itu dengan tajuk besar "MH370 R.I.P". Nama kesemua penumpang dan anak kapal pesawat itu dicetak berbaris membentuk tajuk muka depan itu.
"The Star ikut berdukacita bersama dunia dan mengucapkan takziah yang teramat mendalam kepada keluarga 239 penumpang dan anak kapal," kata akhbar itu.
Akhbar The New Straits Times pula menampilkan foto hitam putih pesawat Boeing 777-200 penuh satu halaman dengan "Goodnight, MH370".
Berita Harian meletakkan tajuk berita "MH370 Terhempas di Lautan Hindi" bersama gambar reaksi ahli keluarga penumpang dan anak kapal.
Utusan Malaysia menggunakan tajuk "MH370 berakhir di Lautan Hindi", juga foto reaksi dari anggota keluarga yang terlibat.
Manakala Sinar Harian pula memilih perkataan "PILU" sebagai tajuk utamanya
Di laman rangkaian media sosial seperti Facebook dan Twitter, orang ramai juga menukar gambar profail mereka dengan latar belakang hitam atau memaparkan ikon sebagai tanda simpati serta dukacita atas tragedi ini.
MH370: Islam beri tempoh sehingga empat tahun sabit kematian tidak pasti - Hadi Awang
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Islam memberi tempoh sehingga empat tahun untuk mensabitkan kematian bagi kehilangan seseorang yang tidak diketahui kedudukannya.
Beliau merujuk pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa penerbangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
Abdul Hadi berkata maklumat yang dihasilkan daripada satelit adalah tidak terperinci.
"Tetapi itu terpulang pada kerajaanlah untuk menentukan hal-hal (sabit kematian) seperti ini," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang daripada skrin radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi pada 8 Mac.
MH370: Pelaksanaan solat jenazah ghaib tidak perlu sekarang - Majlis Fatwa
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul
Syukor Husin (kanan) ketika sidang media selepas mempengerusikan
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi isu-isu berkaitan
tragedi pesawat MH370
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-pelaksanaan-solat-jenazah-ghaib-tidak-perlu-sekarang-majlis-fatwa-32548?cp
Katanya anggota jawatankuasa sebulat suara bersetuju dan memutuskan bahawa kesemua anak kapal dan penumpang MH370 dikategorikan sebagai orang hilang (mahqud) dan dianggap sebagai orang yang telah meninggal dunia setelah usaha pencarian dibuat oleh pihak berkuasa.
Keputusan itu dibuat setelah berbincang dan meneliti pandangan ulama dan beberapa pakar dalam subjek berkenaan selepas muzakarah khas bersidang lebih dua jam mulai 6 petang tadi, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan di sini.
Jawatankuasa fatwa juga memutuskan bahawa pengesahan kematian perlu dilakukan dan ditentukan di Mahkamah Syariah memandangkan ia penting untuk membolehkan pembubaran perkahwinan, pembahagian harta dan lain-lain yang membabitkan waris si mati, katanya.
Sehubungan itu, katanya, solat jenazah ghaib tidak diperlukan lagi buat masa sekarang kerana pihak kerajaan masih berusaha mencari kotak hitam, mencari mayat mangsa sekiranya ada dan pelbagai perkara yang berkaitan.
Abd Shukor berkata sekiranya pasukan penyelamat menemui cebisan mayat yang tidak dikenali langsung, cebisan berkenaan wajib dikumpulkan dan dimandikan sama seperti pengurusan jenazah Islam kerana mayat berkenaan tidak dapat dikenal pasti sepenuhnya, kata Abd Shukor.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan usul khas di Dewan Rakyat hari ini bagi menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa pesawat berkenaan mengatakan bahawa Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan akan bersidang petang ini untuk menentukan tarikh dan waktu pelaksanaan solat jenazah ghaib bagi penumpang dan anak-anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370.
"Anggota jawatankuasa fatwa berpendapat bahawa orang Islam yang terkorban dalam tragedi MH370 sebagai mati syahid akhirat. Selain itu, solat hajat dan doa untuk pesawat MH370 yang hilang itu dibolehkan agar Allah SWT mempermudahkan pencarian pesawat tersebut," katanya.
Abd Shukor berkata anggota jawatankuasa fatwa khas itu turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan kerajaan dari pelbagai negara lain di seluruh dunia atas kesungguhan mereka mencari pesawat MH370 itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan