KUALA
LUMPUR: Penerbangan
Malaysia (MAS) hanya akan membuat persediaan untuk menerbangkan ahli keluarga
penumpang dan krew MH370 ke Perth apabila serpihan pesawat tersebut ditemui dan
disahkan pihak berkuasa.
Menurut kenyataan media MAS, persediaan akan dibuat sebaik sahaja menerima
pelepasan dan kebenaran daripada agensi-agensi kerajaan untuk membawa ahli
keluarga ke tempat simpanan serpihan pesawat malang itu.
Selain itu, sebuah Pusat Bantuan Keluarga akan ditubuhkan di Perth untuk
menyelaras taklimat dan aktiviti-aktiviti agama buat pihak keluarga.
MAS menegaskan komitmennya menyokong segala usaha kerajaan luar yang
membantu dalam operasi mencari dan menyelamat.
MAS juga akan terus bekerjasama dalam penyiasatan kes MH370 disamping
menyediakan kebajikan dan sokongan berterusan kepada ahli keluarga terlibat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan