Keguguran boleh jadi satu pengalaman yang menyedihkan. Selain daripada kejutan emosi bagi anda dan orang yang tersayang, anda mungkin dapati simptom-simptom fizikalnya sukar untuk dihadapi.
Di sini anda akan mendapat maklumat mengenai kesemua peringkat keguguran, apa yang menyebabkannya, dan nasihat mengenai bagaimana hendak mengambil langkah-langkah pertama ke arah penyembuhan.
Apa itu keguguran?
Keguguran ialah kehilangan bayi dalam kandungan sebelum minggu ke-24 kehamilan.
- Jika kehilangan ini berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan, ia dipanggil keguguran awal.
- Jika kehilangan berlaku selepas tempoh ini, ia dipanggil keguguran lewat.
Ini bergantung kepada bila ianya berlaku. Malangnya, keguguran awal sangat kerap berlaku. Sering kali, seorang wanita itu mengalami keguguran sebelum dia menyedari bahawa dia sedang hamil. Mungkin sebanyak tiga perempat telur yang disenyawakan akan gugur dalam hari-hari pertama kehamilan. Selepas mendapat ujian kehamilan yang positif, terdapat kira-kira satu dalam lima kemungkinan keguguran awal berlaku. Waktu inilah keguguran paling banyak berlaku.
Keguguran lewat pula tidak kerap berlaku. Ia berlaku dalam kira-kira satu dalam 100 kehamilan. Kehilangan yang berlaku pada lewat kehamilan ini boleh jadi sangat sukar untuk dihadapi. Dalam peringkat ini, bagi kebanyakan ibu bapa, istilah “keguguran” tidak menepati kesedihan yang mereka rasakan akibat kehilangan bayi mereka.
Sesetengah wanita mengalami keguguran berulang. Ini bermakna mereka telah mengalami tiga atau lebih keguguran berturut-turut. Ini berlaku kepada kira-kira satu dalam 100 wanita.
Apa yang menyebabkan keguguran?
Keguguran awal biasanya berlaku kerana embrio (janin) tidak berkembang seperti sepatutnya. Masalah-masalah kromosom juga dikatakan penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab.
Untuk berkembang dengan betul, bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Kecacatan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Kecacatan ini mungkin berlaku kerana:
- terdapat jumlah kromosom yang tidak tepat;
- terdapat perubahan dalam struktur kromosom.
Keguguran lewat pula lebih berkemungkinan berlaku akibat masalah kesihatan wanita tersebut berbanding masalah pada bayi, tetapi tidak semua kes seperti ini.
Jika anda telah mengalami beberapa keguguran berturut-turut, anda mungkin terdesak untuk mengetahui mengapakah ini berlaku kepada anda. Malangnya, dalam kebanyakan kes, penyebabnya tidak dapat dipastikan. Namun, fakta menunjukkan tiga daripada empat wanita yang pernah mengalami keguguran berturut-turut tanpa sebarang sebab akhirnya dapat melahirkan bayi yang sihat, dan ini mungkin dapat memberi sedikit harapan dan keyakinan kepada anda.
Bagaimana saya boleh tahu jika saya mempunyai risiko untuk mengalami keguguran?
Sukar untuk dinyatakan siapakah yang berisiko mengalami keguguran. Sering kali, ia berlaku tanpa sebab dan tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghalangnya. Ini terutamanya dalam kes-kes keguguran awal. Malah, wanita-wanita yang mengalaminya juga mempunyai kesihatan yang baik.
Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan terdapat faktor-faktor tertentu yang mungkin meningkatkan risiko keguguran:
Umur anda
Wanita yang lebih lanjut umurnya berisiko lebih tinggi bagi bayinya mempunyai kecacatan kromosom. Pada umur 30 tahun, risiko anda mengalami keguguran ialah satu dalam lima, manakala pada usia 42 tahun, risikonya ialah satu dalam dua.
Kesihatan anda
Jika anda mempunyai masalah kesihatan, penting bagi anda mendapatkan penjagaan yang betul. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, mempunyai penyakit seperti diabetes atau bermasalah tiroid, mempunyai risiko keguguran yang lebih tinggi.
Sindrom darah pekat atau sindrom antifosfolipid (antiphospholipid syndrome - APS) yang menyebabkan pembekuan darah berlaku dalam salur darah, juga diketahui sebagai penyebab keguguran berulang. APS juga dikenali sebagai sindrom Hughes, dan ia boleh hadir sebagai satu masalah tersendiri atau sebagai masalah yang seiring dengan penyakit lupus. APS boleh dirawat.
Sesetengah kecacatan uterus mungkin membuat keguguran lebih berkemungkinan.
Jangkitan boleh menyebabkan keguguran jika anda menerimanya semasa hamil. Ini termasuk listeriosis dan toxoplasmosis. Jangkitan melalui hubungan seks seperti sifilis dan masalah yang menjejaskan hormon seperti polycystic ovaries juga dikaitkan dengan keguguran lewat kehamilan.
Gaya hidup anda
Fakta menunjukkan bahawa mereka yang merokok, banyak meminum minuman keras dan mengambil kokain mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk mengalami keguguran. Terlalu banyak mengambil kafein juga boleh meningkatkan risiko keguguran. Jumlah pengambilan kafein yang selamat ialah 200mcg (dua cawan besar kopi) sehari.
Apakah kepercayaan yang tidak benar mengenai keguguran?
Ada banyak kepercayaan masyarakat mengenai keguguran, terutamanya yang berkaitan dengan sebab-sebab mengapa ia berlaku. Kepercayaan-kepercayaan ini boleh membuatkan anda bimbang atau rasa bersalah jika anda benar-benar mempercayainya.
Dua kepercayaan yang biasa didengar mengenai keguguran ialah bahawa ia disebabkan oleh hubungan seks semasa hamil atau stres. Tiada bukti yang menunjukkan bahawa hubungan seks atau stres menyebabkan keguguran.
Membuat senaman ringan semasa hamil juga selamat. Malah, ianya baik untuk kesihatan anda. Cuma pastikan anda elakkan sebarang bentuk sukan berimpak tinggi yang boleh menyebabkan anda terjatuh atau perut anda terhentak.
Bagaimanakah saya boleh tahu yang saya mengalami keguguran?
Tanda-tanda yang paling jelas ialah kesakitan seakan-akan senggugut dan pendarahan yang banyak, yang mungkin mengandungi gumpalan darah. Walau bagaimanapun, anda boleh gugur tanpa mengetahuinya, terutamanya semasa awal kehamilan. Ramai wanita menyangka mereka datang haid walaupun sebenarnya mereka keguguran.
Sesetengah kes keguguran dikesan hanya melalui rutin imbasan pada awal kehamilan apabila imbasan ultrabunyi menunjukkan terdapat kantung kehamilan yang kosong, di mana embrio sepatutnya berada. Ini kadang kala dipanggil keguguran terlepas (missed miscarriage). Anda mungkin tidak tahu ianya berlaku, dan anda begitu terkejut mendengarnya. Atau, anda mungkin mengalami beberapa simptom yang membuatkan anda takut bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku.
Kadang-kadang, tahap hormon kehamilan jatuh sehingga cukup bagi anda sedar bahawa anda tidak begitu loya seperti sebelumnya atau payudara anda sudah tidak terlalu sakit. Namun, ingatlah bahawa normal juga bagi simptom-simptom kehamilan ini hilang selepas minggu ke-12 atau ke-13.
Keguguran lewat, terutamanya, adalah pengalaman yang sukar dihadapi. Tanda-tanda keguguran lewat ialah pendarahan yang banyak, dan, kadang-kadang, air ketuban anda pecah. Ini mungkin disertai dengan kesakitan seolah-olah sakit bersalin, dan anda mungkin memerlukan ubat penahan sakit. Namun begitu, dalam sesetengah kes, tiada kesakitan berlaku. Keguguran yang disebabkan oleh serviks yang lemah mungkin tidak menyakitkan.
Saya nampak ada tompokan darah. Adakah ini satu masalah?
Tompokan darah atau spotting bermakna anda kehilangan sedikit sahaja darah. Anda mungkin nampak tompokan darah pada seluar dalam atau ketika anda menggunakan tisu tandas. Tompokan darah yang berlaku pada awal kehamilan adalah perkara biasa dan biasanya tidak membimbangkan.
Walau bagaimanapun, sebarang pendarahan yang berlaku perlu dimaklumkan kepada doktor. Jika pendarahan itu berhenti dan kehamilan anda berjalan lancar, ini kenali sebagai ancaman keguguran.
Saya masih terus bersedih selepas keguguran. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan?
Menghadapi keguguran adalah satu pengalaman yang menyedihkan. Kehilangan bayi tidak kira berapa awal kehamilan itu adalah tragik. Anda perlu memberi peluang kepada diri anda untuk berkabung. Suami anda juga perlukan masa untuk menerima hakikat ini. Setiap orang berkabung dengan cara mereka sendiri, oleh itu berilah masa kepada diri anda untuk sembuh daripada pengalaman ini.
Lama-kelamaan, anda akan dapat melihat ke masa hadapan semula. Apabila anda sudah bersedia untuk cuba semula, yakinlah bahawa kebanyakan wanita yang senasib dengan anda dapat hamil semula dan melahirkan bayi yang sihat.
Apakah maksud keguguran pada awal kehamilan?
Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Agak malang kerana perkara ini kerap berlaku, malah tidak mustahil bagi anda mengalami keguguran walaupun sebelum anda tahu bahawa anda hamil. Dianggarkan sebanyak tiga perempat daripada semua telur yang disenyawakan akan gugur dalam minggu-minggu awal kehamilan ini.
Selepas ujian kehamilan yang positif, terdapat kira-kira satu dalam lima kemungkinan kehamilan itu akan gugur. Waktu inilah kebanyakan kes keguguran berlaku.
Keguguran pada mana-mana fasa kehamilan boleh jadi amat menyedihkan. Walaupun ia berlaku semasa awal kehamilan, adalah perkara biasa bagi seseorang wanita itu rasa terkejut dan kecewa. Jangan rasa bahawa anda tidak dibenarkan berkabung akibat kehilangan ini.
Apakah yang menyebabkan keguguran pada awal kehamilan?
Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku kerana embrio tidak berkembang seperti yang sepatutnya. Masalah kromosom juga dikatakan adalah penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab dan mungkin tidak akan berlaku lagi.
Bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat untuk dia berkembang seperti sepatutnya. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Ketaknormalan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Ketaknormalan ini mungkin berlaku kerana jumlah kromosom tidak tepat, atau kerana terdapat perubahan dalam struktur kromosom tersebut. Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada fasa embrio.
Bagaimanakah saya boleh tahu jika saya mengalami keguguran pada awal kehamilan?
Tanda-tanda keguguran yang paling biasa ialah keluar banyak darah daripada faraj disertai dengan kesakitan yang menyerupai senggugut yang teruk. Kadang-kala, ia akan terhenti dan kehamilan itu berterusan. Ini dipanggil ancaman keguguran (threatened miscarriage). Walau bagaimanapun, jika proses keguguran itu benar-benar sedang berlangsung, malangnya ia tetap akan berlaku.
Anda boleh mendapatkan nasihat-nasihat dan sokongan dalam arikel kami mengenai apa yang patut dilakukan jika anda rasa anda mengalami keguguran.
Apakah yang berlaku selepas keguguran?
Anda tidak semestinya perlu ke hospital. Dalam separuh daripada kes sebegini, tubuh wanita tersebut akan menyempurnakan proses keguguran itu secara semula jadi. Jika ini berlaku kepada anda, anda tidak perlu rawatan lanjut. Pendarahan biasanya akan berkurangan dalam seminggu hingga 10 hari dan biasanya akan berhenti selepas dua minggu.
Anda boleh berehat sahaja di rumah, namun anda mungkin memerlukan pil penahan sakit dan botol air panas untuk dituamkan di perut. Dan yang penting sekali, anda perlu seseorang di sisi untuk menjaga dan menyenangkan hati anda.
Walau bagaimanapun, doktor anda mungkin mencadangkan anda menjalani imbasan ultrabunyi (ultrasound) dan ujian-ujian lain sekadar untuk memastikan badan anda sembuh seperti sepatutnya.
Jika pendarahan tidak berkurangan atau berhenti selepas dua minggu, ada kemungkinan yang anda memerlukan rawatan daripada doktor di hospital. Pendarahan tersebut mungkin bermakna ada tisu-tisu kehamilan yang tertinggal di dalam uterus (rahim) anda. Ini dipanggil keguguran tidak sempurna (atau keguguran berpanjangan) dan memerlukan rawatan. Doktor mungkin akan menerangkan kepada anda tentang langkah-langkah yang boleh diambil seperti berikut:
- Pengurusan ekspektasi (expectant management) : masa diberikan untuk pendarahan berhenti sendiri, selagi tiada tanda berlakunya jangkitan.
- Pengurusan perubatan (medical management): ubat-ubatan diberikan untuk membantu keguguran itu selesai dengan baik.
- Pengurusan pembedahan (surgical management): pembedahan kecil dilakukan untuk menyempurnakan keguguran tersebut.
Melalui pengurusan perubatan, anda mungkin diberi pil untuk dimakan atau ubat jenis pesari yang dimasukkan ke dalam faraj. Selepas pengurusan perubatan dijalankan, pendarahan anda mungkin menjadi lebih kuat dan mengambil masa sehingga tiga minggu untuk berhenti. Tetapi anda tidak perlu tinggal lama di hospital selepas rawatan dijalankan.
Pengurusan pembedahan melibatkan pembedahan kecil yang dipanggil ERPC. Ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dan pesakit biasanya sembuh dengan cepat. Pesakit biasanya akan diberi bius umum (general anaesthetic) dan akan tidur semasa pembedahan dijalankan. ERPC adalah singkatan bagi evacuation of retained products of conception (pengeluaran bahan hasil persenyawaan yang terkumpul). Ia dijalankan untuk mengeluarkan sisa kehamilan dan tisu uri (plasenta) daripada uterus.
Kira-kira separuh daripada wanita yang diberi pilihan di atas memilih ERPC berbanding mengambil pil atau pesari. Ini kerana pendarahan berhenti lebih cepat selepas pembedahan. Ini bermakna anda mungkin tidak perlu pergi ke hospital semula untuk rawatan lanjut. Kaedah ini sangat berkesan. Dalam 95 peratus kes, tiada rawatan lanjut diperlukan. ERPC juga ialah rawatan terbaik jika anda mengalami pendarahan teruk atau terdapat tanda-tanda jangkitan.
Pilihan samada mendapatkan rawatan dan jenis rawatan yang hendak dijalani adalah keputusan peribadi. Sesetengah wanita lebih suka membiarkan perkara ini berlaku secara semula jadi, walaupun ini bermakna mereka mungkin perlu mendapatkan rawatan di kemudian hari. Sesetengah yang lain pula mahu proses keguguran ini selesai secepat mungkin.
Adalah penting bagi anda mengetahui dengan jelas pilihan yang diberikan supaya anda boleh membuat keputusan yang terbaik. Doktor anda juga akan memberitahu anda jika mereka mempunyai pendapat mengenai jenis rawatan yang difikirkan lebih baik demi kesihatan anda.
Selepas gugur kali pertama, doktor biasanya tidak akan mengaturkan sebarang ujian khas kerana masalah keguguran pada awal kehamilan adalah perkara biasa. Ia biasanya bukan disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius, dan kemungkinan besar kehamilan seterusnya akan berjaya.
Saya masih bersedih mengenangkan keguguran saya. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan?
Sebaik sahaja anda dapat tahu bahawa anda hamil, anda mungkin mula memikirkan mengenai bulan-bulan yang akan datang dan menantikannya dengan penuh debaran. Ini merupakan salah satu sebab mengapa keguguran sangat menyedihkan bagi kebanyakan wanita. Ia menamatkan segala angan-angan dan rancangan buat seketika, dan boleh menyebabkan anda merasa kehilangan dan murung.
Menghadapi keguguran ialah satu pengalaman yang menyedihkan. Kehilangan seorang bayi meremukkan hati, tidak kira seawal mana ia berlaku. Anda perlu memberi peluang kepada diri anda untuk meluahkan kekecewaan dan kesedihan.
Namun, anda juga harus melihat ke masa hadapan. Apabila anda telah bersedia untuk mencuba untuk hamil lagi, anda boleh menarik nafas lega kerana kebanyakan wanita yang senasib dengan anda dapat hamil semula dan melahirkan bayi yang sihat.
Bagaimana biasa ialah keguguran lewat?
Kira-kira 98 peratus daripada wanita yang keguguran berbuat demikian dalam 13 minggu pertama, tetapi keguguran juga boleh berlaku banyak di peringkat akhir kehamilan. Kehilangan kehamilan yang berlaku antara minggu ke-14 dan 24 minggu selesai biasanya dirujuk sebagai keguguran lewat. Ia juga boleh dipanggil kerugian lewat, kehilangan trimester kedua atau kerugian pertengahan trimester.
Dari segi teknikal dan undang-undang, " mati "digunakan khusus untuk merujuk kepada bayi yang merupakan tanpa tanda-tanda kehidupan selepas 24 minggu. Walau bagaimanapun, ramai ibu bapa yang kehilangan bayi selepas 14 minggu lebih suka mati istilah ini kerana mereka merasakan bahawa perkataan "keguguran" - walaupun secara teknikal betul - underestimates graviti dan kesan kehilangan mereka.
Apa yang menyebabkan keguguran lewat?
Terdapat beberapa sebab mungkin untuk keguguran lewat, termasuk:
- masalah dengan plasenta, seperti pendarahan, kekurangan plasenta (di mana bayi tidak menerima jumlah optimum oksigen dan nutrien) atau mendadak plasenta (pemisahan pramatang plasenta);
- masalah dengan rahim (rahim), seperti (tidak cekap) serviks lemah , fibroid atau rahim yang luar biasa berbentuk;
- jangkitan pada ibu yang disebabkan oleh organisma yang boleh menyeberangi plasenta, seperti listeriosis atau toksoplasmosis , atau yang boleh menyebabkan kelahiran pramatang, seperti Kumpulan B Streptococcus (GBS);
- masalah-masalah lain yang memberi kesan kepada kesihatan ibu seperti gangguan auto-imun, diabetes , epilepsi , tekanan darah tinggi , penyakit buah pinggang atau penyakit sel sabit;
- masalah dengan perkembangan bayi (termasuk keabnormalan kromosom , sindrom Edwards ', kecacatan tiub neural, hydrocephalus, ketidakserasian rhesus , masalah jantung kongenital) atau kehamilan berganda.
Malangnya, dua daripada ujian yang digunakan untuk mengesan keabnormalan dalam bayi
- amniosentesis dan persampelan villus korionik (CVS) - juga boleh menyebabkan keguguran. Amniosentesis, umumnya dilakukan selepas minggu ke-15 kehamilan, menyebabkan keguguran untuk sekitar setengah peratus (1 dalam 200) wanita. CVS, yang dilakukan pada sekitar 12 minggu kehamilan, punca keguguran di antara 1 dan 2 peratus daripada wanita.
Wanita yang mengharapkan dua atau lebih bayi mempunyai risiko yang lebih tinggi keguguran dan kelahiran mati.
Umur juga memainkan peranan. Kenaikan kadar keguguran dengan ketara daripada usia 30 tahun, dan kenaikan sekali lagi dari 35 tahun. Wanita yang lebih tua juga lebih cenderung untuk hamil bayi dengan keabnormalan kromosom, dan kehamilan ini lebih cenderung untuk hilang.
Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai keguguran lewat?
Tanda-tanda yang paling jelas keguguran lewat adalah sakit buruh seperti, pendarahan faraj (yang mungkin berat dan termasuk darah beku), atau pecah membran (perairan memecahkan). Ini dipanggil keguguran spontan.
Walau bagaimanapun, kadang-kadang tidak ada tanda-tanda amaran dan keguguran itu ditemui hanya semasa lawatan antenatal rutin, apabila doktor tidak dapat mencari denyutan jantung bayi. Ini dipanggil "senyap" keguguran atau kematian paras-rahim.
Jika ini berlaku buruh mungkin perlu disebabkan (bermula buatan) untuk menyampaikan bayi dan anda akan dimasukkan ke hospital. Sesetengah ibu bapa mahu mempunyai induksi secepat mungkin, yang lain lebih suka untuk menunggu selama beberapa hari supaya mereka mempunyai masa untuk mengambil apa yang telah berlaku dan untuk melihat jika buruh bermula secara semulajadi. Doktor akan menasihati anda tentang masa induksi, kerana penangguhan yang lama boleh memberi kesan buruk pada kesihatan anda.
Apa yang berlaku selepas keguguran?
Bergantung kepada peringkat kehamilan dan keadaan anda kehilangan anda, anda mungkin akan diminta jika anda ingin untuk melihat, menyentuh dan memegang bayi anda. Kajian menunjukkan bahawa ramai ibu bapa mendapati amalan ini sangat membantu. Jika anda ingin melihat bayi anda tetapi bimbang tentang apa yang dia mungkin kelihatan seperti, anda boleh meminta bidan untuk menggambarkan bayi yang pertama, atau melihat gambar, atau mungkin satu pasangan boleh melihat. Sesetengah ibu bapa memilih untuk mengambil gambar-gambar bayi. Mereka juga boleh memilih untuk mencuci dan berpakaian bayi. Walau bagaimanapun, jika bayi yang sangat pra-matang, mandi mungkin tidak mungkin kerana kulit bayi mungkin terlalu rapuh.
Anda mungkin mendapati bahawa mencipta kenangan bayi anda dengan cara ini memberi keselesaan dan tumpuan untuk kesedihan anda. Walau bagaimanapun, keputusan mengenai apa yang perlu dilakukan dalam situasi ini adalah sangat peribadi, tidak ada betul atau salah. Anda dan suami anda mungkin mempunyai hasrat yang berbeza, atau anda berdua mungkin perlu masa untuk berfikir tentang apa yang akan menjadi yang terbaik untuk anda. Apa sahaja yang anda akhirnya membuat keputusan, kakitangan hospital perlu menghormati kehendak anda, terutamanya jika anda berada di sebuah hospital swasta. Anda boleh membawa bayi anda di rumah dan membuat perkiraan anda sendiri, atau anda boleh meninggalkan bayi anda di hospital (tetapi anda akan diminta untuk menandatangani surat perlepasan pertama).
Saya akan dapat mengetahui apa yang salah?
Ini kadang-kadang boleh ditentukan melalui ujian darah, memeriksa plasenta, atau menjalankan satu kajian bedah siasat ("bedah siasat") bayi.
Pemeriksaan bedah siasat boleh:
- mengenal pasti punca atau sebab-sebab kematian itu;
- memberikan maklumat tentang perkembangan bayi;
- memberikan maklumat tentang apa-apa masalah kesihatan yang akan membantu doktor anda untuk menjaga anda dalam kehamilan masa depan;
- mengesahkan jantina bayi.
Satu bedah siasat tidak selalu memberikan sebab tertentu untuk apa yang berlaku dan ini boleh menjadi sangat mengecewakan. Anda tidak perlu bersetuju untuk pemeriksaan bedah siasat. Di Malaysia, kebanyakan ibu bapa membuat keputusan terhadap ia kerana sebab-sebab peribadi, agama atau budaya.
Untuk membantu anda membuat keputusan, kakitangan hospital harus memberi anda maklumat sebanyak yang anda perlukan. Tiada siasatan atau ujian akan dilakukan tanpa kebenaran anda, dan pandangan dan hasrat anda perlu dihormati. Anda mungkin perlu sedikit masa untuk berfikir tentang keputusan anda. Walau bagaimanapun, lebih cepat bedah siasat itu dilakukan, lebih baik maklumat yang mungkin.
Jika anda membuat keputusan untuk menjalani pemeriksaan bedah siasat, anda akan diminta untuk memberi persetujuan bertulis sebelum ia dijalankan. Bergantung kepada saiz dan keadaan bayi anda, ia mungkin mustahil bagi anda untuk melihat dia lagi selepas bedah siasat itu. Kakitangan perlu memberitahu anda terlebih dahulu jika ini akan dilaksanakan dan, jika demikian, apa yang bayi dijangka kelihatan seperti. Jika kakitangan menasihati anda terhadap melihatnya selepas bedah siasat, anda mungkin mahu untuk mengatakan selamat tinggal anda terlebih dahulu. Anda juga perlu diberitahu apabila keputusan bedah siasat mungkin ada, dan diberi temujanji untuk membincangkannya dengan doktor.
Apa perkiraan praktikal perlu dibuat?
Jika anda keguguran sebelum 24 minggu, bayi tidak perlu didaftarkan dan tidak ada keperluan undang-undang bagi pengkebumian atau pembakaran mayat. Sebagai alternatif, anda boleh memilih untuk membuat perkiraan anda sendiri dengan pengarah pengebumian. Dalam kes ini anda perlu satu bentuk atau surat dari hospital, yang mengesahkan bahawa bayi itu dilahirkan mati sebelum matang 24 minggu. Di Malaysia, kelahiran dan kematian mesti mendaftar selepas 24 minggu atau jika berat bayi lebih daripada 500gm.
Saya tidak boleh seolah-olah mendapat atas kehilangan bayi saya. Di mana saya boleh mendapatkan bantuan?
Walaupun sesetengah orang mahu mendapatkan "kembali normal" secepat yang mungkin, yang lain memerlukan masa untuk pulih. Anda menghadapi trauma kehilangan dan anda memerlukan masa untuk meratap. Anda mungkin mendapati ia berguna untuk bercakap dengan orang yang telah melalui pengalaman yang sama dalam Direktori Kesedihan Rugi kami.
Bagaimana badan saya akan pulih?
Dalam beberapa minggu pertama anda akan mempunyai beberapa pendarahan faraj (" lochia ") dan tempoh seperti sekejap kesakitan. Jika pendarahan atau kesakitan menjadi lebih teruk atau anda mempunyai keputihan berbau busuk, hubungi doktor anda dengan segera.
Bergantung kepada berapa banyak minggu hamil anda, anda mungkin mendapati bahawa payudara anda menghasilkan susu. Ini boleh tidak selesa dan sangat menyedihkan, kerana ia peringatan fizikal berterusan kerugian anda. Terdapat ubat (Dostinex, dua tablet diambil dalam masa 24 jam selepas penghantaran) yang boleh menghalang pengeluaran susu. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa ketidakselesaan boleh kembali untuk masa yang singkat selepas kursus perubatan selesai. Sesetengah wanita memilih untuk mengelakkan ubat dan biarkan susu mereka kering secara semulajadi. Jika anda membuat keputusan untuk membiarkan sifat mengambil kursus itu, doktor anda akan dapat mencadangkan cara-cara untuk membuat anda seberapa selesa yang mungkin.
Anda akan ditawarkan pemeriksaan selepas enam minggu. Ini adalah peluang yang baik untuk bertanya soalan mengenai kemungkinan punca kehilangan kehamilan dan implikasi untuk mengandung apa-apa masa depan. Ia juga boleh menjadi satu peluang untuk membincangkan hasil bedah siasat jika mereka boleh didapati. Jika mereka tidak, anda harus ditawarkan pelantikan lain.
Doktor anda juga boleh memberi anda sijil perubatan untuk majikan anda jika anda dan doktor anda berfikir bahawa anda memerlukan lebih banyak masa untuk pulih. Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk badan anda untuk kembali ke keadaan pra-kehamilan itu. Beberapa aktiviti yang lembut akan membantu pemulihan fizikal anda dan membantu anda mendapatkan kekuatan anda kembali. Terima tawaran sokongan praktikal dan emosi daripada rakan-rakan dan keluarga, tetapi hanya jika anda mendapati apa yang mereka tawarkan adalah benar-benar membantu.
Adakah saya lebih cenderung untuk mempunyai keguguran yang lain?
Ini bergantung kepada sebab untuk keguguran anda yang terdahulu. Jika punca kematian bayi anda yang diketahui, anda akan mahu mengetahui sama ada ia mungkin berlaku semula dalam kehamilan yang lain. Bincangkan faktor-faktor perubatan yang mungkin dengan doktor anda.
Gangguan auto-imun, kencing manis, sawan, tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang atau penyakit sel sabit boleh menjadi punca keguguran. Walau bagaimanapun, jika keadaan ini diurus dengan baik oleh anda dan doktor anda, risiko adalah lebih rendah.
Jika anda tahu anda mempunyai keguguran kerana serviks yang lemah, anda mungkin boleh mempunyai jahitan khas kehangatan ia untuk memastikan ia ditutup sehingga bayi anda sedia untuk dilahirkan. Ini dipanggil jahitan Shirodkar atau cerclage serviks .
Menghadapi keguguran lewat adalah sangat keras, tetapi ia mungkin sedikit selesa untuk mengetahui bahawa kebanyakan wanita boleh hamil lagi dan melahirkan bayi yang sihat. Keputusan untuk cuba untuk bayi lain boleh menjadi sukar. Ia mungkin perkara terakhir di fikiran anda, atau ia mungkin semua yang anda boleh berfikir tentang. Ada wanita yang mempunyai keinginan yang amat sangat untuk menjadi hamil lagi secepat mungkin.
Sebarang kehamilan berikutnya mungkin menjadi sangat tertekan. Sesetengah wanita gembira untuk kembali ke hospital yang sama dan pasukan perubatan yang sama. Yang lain memilih untuk bertanya kepada doktor mereka untuk merujuk kepada perunding lain atau hospital lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan