SEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri
Hishammuddin Hussein berkata usaha mencari kotak hitam pesawat MH370
merupakan tindakan seterusnya yang akan dilakukan.
Hishammudin menekan kepentingan tersebut selepas mengadakan perbincangan dengan pakar dari French Civil Aviation Safety Investigation Authority (BEA).
"Saya nyatakan semalam bahawa langkah seterusnya adalah untuk mencari
kotak hitam. Mengambil pengalaman kes Air France 447, walaupun mereka
tahu di mana lokasi itu dan terdapat serpihan, ia mengambil masa dua
tahun untuk mereka menemui kotak hitam.
"Jadi, sekarang kita
akan cuba mencari kotak hitam dengan teknologi sonar dan aset tertentu
perlu digunakan dalam usaha itu," kata pada sidang media di Hotel
Sama-Sama, di sini, hari ini.
Awal hari ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot memaklumkan kepada parlimen negara tersebut mengenai penemuan dua imej satelit bersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Pakar kejuruteraan penerbangan berpendapat, objek bersaiz 24 meter ini berkemungkinan sayap pesawat Boeing 777-200ER.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, usaha mencari dan menyelamat
(SAR) MH370 diteruskan di koridor Utara dan Selatan sehingga dua objek
yang ditemui satelit Australia di selatan Lautan Hindi disahkan
sebahagian daripada pesawat Malaysia Airlines yang hilang
Katanya, Malaysia turut menghantar dua pesawat ke Kazakhstan bagi
mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dan masih belum
ditemui.
Hishammuddin juga berkata, semua negara yang terbabit dengan operasi SAR MH370 sudah hantar aset ke koridor utara dan selatan.
Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) dalam
penerbangan ke Beijing dilaporkan hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih
belum ditemui sehingga hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan