SEPANG: Penemuan dua objek oleh satelit Australia boleh
dipercayai namun ia masih belum dapat disahkan, kata pemangku Menteri
Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Hishammuddin bagaimanapun mengakui penemuan dua objek oleh satelit Australia itu merupakan yang terbaik setakat ini.
"Ia yang terbaik setakat ini tetapi masih tidak boleh disahkan dan kita
melihat semua penemuan pada tahap yang sama," katanya pada sidang media
di Hotel Sama-Sama di sini, hari ini.
Awal hari ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot
memaklumkan kepada parlimen negara tersebut mengenai penemuan dua imej
satelit bersaiz 24 meter yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air berkemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Pakar kejuruteraan penerbangan berpendapat, objek bersaiz 24 meter ini berkemungkinan sayap pesawat Boeing 777-200ER,
Pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) dalam
penerbangan ke Beijing dilaporkan hilang sejak awal pagi Sabtu dan masih
belum ditemui sehingga hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan