"Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, kita akan menyemak semula prosedur standard operasi (SOP) kita, terutamanya protokol keselamatan di laluan masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur," Zahid memberitahu pemberita di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini.
Zahid berkata ini berikutan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sehari selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 hilang. Najib telah mengarahkan kesemua protokol supaya dikaji dan diperbaiki jika perlu.
Zahid berkata penambahbaikan sistem imigresen termasuk memasang APSS atau sistem pemeriksaan penumpang, yang akan dilaksanakan pada pertengahan bulan Jun.
"Saya rasa selepas diberi arahan itu, PDRM dengan kerjasama Malaysia Airports Berhad, Jabatan Imigresen dan MAS berusaha dengan lebih kuat untuk melaksanakan protokol keselamatan baru di KLIA," kata Zahid.
Apabila ditanya jika protokol ruang udara sedang dirombak, berikutan dakwaan tentera gagal untuk bertindak keatas pesawat yang tidak dikenali, Zahid berkata perkara itu tidak berada di bawah bidang kuasa beliau.
"Itu di bawah kuasa DCA (Jabatan Penerbangan Awam) dan Kementerian Pengangkutan, " jawab beliau.
Zahid juga enggan mengulas apabila ditanya jika keselamatan negara mungkin terjejas, serta kemungkinan sebuah pesawat lain akan digunakan sebagai senjata.
Beliau hanya berkata “ia tanggungjawab Kementerian Pertahanan” dan beliau tidak ingin campurtangan dalam hal yang berada di bawah bidang kuasa kementerian lain.
"Semasa saya Menteri Pertahanan, Tentera Udara diberi tanggungjawab untuk memintas segala unsur asing, kecuali pesawat komersial. Radar utama dapat mengenal pasti antara pesawat pejuang, pesawat tentera dan kapal pesawat komersial.
"Jadi, saya tidak mahu masuk campur ke dalam tanggungjawab orang lain. Mari kita tumpukan perhatian kepada Kementerian Dalam Negeri,” katanya.
Sementara itu, Zahid juga memuji pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana kehandalan beliau menangani krisis MH370.
"Saya berpendapat apabila Kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk melantik hanya seorang jurucakap untuk menangani krisis, itu satu pendekatan dan keputusan yang sangat baik oleh Perdana Menteri."
"DCA dan polis juga sedang melakukan segala yang mereka boleh. Butiran siasatan mereka pasti akan didedahkan sebaik sahaja ia selesai, " kata Zahid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan