m

MH370: Cuaca semakin baik, operasi pencarian diteruskan - AMSA

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu diteruskan awal hari ini setelah cuaca diramalkan kembali baik pada Sabtu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan dikeluarkan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) cuaca dijangka kembali buruk lewat hari ini.

Pencarian hari ini menyaksikan pembabitan lapan pesawat termasuk tiga pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia, sebuah jet pengawal pantai Jepun, sebuah pesawat P3 Orion milik Jepun, sebuah pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Diraja New Zealand, sebuah Ilyushin IL-76 milik China dan sebuah jet awam untuk tujuan komunikasi.

Pesawat pertama yang berlepas adalah  Ilyushin IL-76 sekitar  9:05 pagi waktu tempatan.

Dua lagi pesawat P3 Orion dan pesawat pengawal pantai Jepun akan berlepas pada pukul 1 ptg dan dan 2 ptg masing-masing.

Manakala dua lagi P3 Orion milik New Zealand dan Jepun akan berlepas sekitar pukul 3 ptg dan 4 ptg.

Kapal Haixun milik negara China telah pun berada di lokasi untuk membantu pencarian.

Pencarian kini meliputi kawasan seluas 1,100 kilometer persegi di barat Australia.

Semalam beberapa objek pelbagai warna dilaporkan telah dikesan pada Jumaat oleh lima pesawat.
.
Sehingga kini masih belum ada pengesahan mengenainya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan