m

MH370: Sehari kemudian

Tugas harian bermula
 
Sehari selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pesawat Malaysia Airlines berakhir di lautan Hindi, kehidupan harus diteruskan bagi pramugari-pramugari Malaysia Airlines ini.

Berikan yang terbaik
Meskipun keadaan sedih menyelubungi keluarga besar MAS,kakitangannya meneruskan perkhidmatan seperti biasa menmastikan hanya yang terbaik buat penumpang.

Sokongan padu kepada MAS
Di sebalik kejadian tragis ini, penumpang tempatan dan antarabangsa terus memberikan sokongan padu kepada syarikat penerbangan Malaysia Airlines.

Tetap profesional
Kakitangan Malaysia Airlines terus berikan yang terbaik walaupun sedih setelah 12 rakan setugas mereka hilang dalam pesawat MH370.

Sidang media MAS
Media tempatan dan antarabangsa bergegas ke KLIA untuk sidang media khas Malaysia Airlines. Sehari selepas pengumuman Perdana Menteri tentang lokasi terakhir MH370, banyak lagi soalan yang perlu dijawab

Pertama kali menghadapi media
"Ini adalah berita yang sedih dan tragis bagi kita semua di Malaysia Airlines," kata Pengerusi Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) Tan Sri Md Nor Yusof ketika sidang media yang diadakan di KLIA.

Menguris jiwa
CEO MAS Ahmad Jauhari Yahya mulakan ucapan dengan kata-kata menguris jiwa: "Saya berdiri di hadapan anda hari ini bukan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, tetapi sebagai seorang bapa, abang, dan anak."

Letak jawatan?
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata segala keputusan sama ada beliau akan meletak jawatan dari MAS hanya akan dilakukan selepas krisis kehilangan pesawat MH370 ini selesai.

Seribu tanda tanya
Pihak media tempatan dan antrabangsa ingin tahu tentang hala tuju syarikat penerbangan MAS setelah pengumuman Perdana Menteri dan misi mencari kotak hitam diteruskan.

Tajuk utama
Ketika sidang media MAS diadakan di KLIA, pengunjung dan penumpang lain pula sibuk membaca surat khabar tempatan yang memberi fokus kepada berita tentang MH370.

Mahu maklumat yang lebih
Walaupun media cetak dan elektronik memberi fokus kepada pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang penerbangan pesawat MH370 yang berakhir di Lautan Hindi, ramai ahli keluarga mahukan bukti dan maklumat yang kukuh.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan