Hari Ketiga Pencarian MH370
Bantuan dari AS

Helikopter Tentera Laut Amerika Syarikat berlepas dari USS Pinckney untuk membantu dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 di Teluk Thailand,9 Mac,2014.
Kapal USS Destroyer Pinckney

Sebuah helikopter di atas kapal USS Destroyer Pinckney semasa penukaran anak kapal misi mencari dan menyelamat pesawat MH370.
Pandangan dari udara

Jurukamera Vietnam dan jurugambar di atas kapal Soviet buatan AN-26 mengambil gambar dari udara semasa penerbangan mencari dan menyelamat selatan lautan Vietnam.
Angkatan Udara Republik Singapura

Kakitangan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) mengimbas lautan kira-kira 140 batu nautika ke timur laut Kota Baru, Malaysia untuk mencari MH370 pada 10 Mac, 2014.
Tumpahan minyak bukan dari MH370

Gambar Straits Times pada 9 Mac 2014 menunjukkan tumpahan minyak yang sudah dikenal pasti bukan berasal dari pesawat MH370. Gambar diambil dari Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) pesawat mengimbas laut.
Tentera Udara Vietnam

Anak kapal sebuah helikopter Tentera Udara Vietnam dalam misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 pada 10 Mac, 2014.
Masih menunggu & berharap

Saudara-mara penumpang MH370 dari China masih menunggu khabar berita orang tersayang di sebuah hotel Beijing pada 10 Mac, 2014.
Mendoakan kepulangan MH370

Ahli kumpulan belia memegang bunga mawar dan mendoakan kepulangan MH370 di sebuah hotel di Putrajaya pada 10 Mac, 2014.
Sokongan dan harapan

Ahli-ahli kumpulan belia memegang bunga ros dan kain rentang menanti kepulangan penumpang-penumpang penerbangan MH370 yang masih belum dijumpai.
'Kami berharap anda kembali'

Seorang pelajar universiti dari China memaparkan kain rentang bertulis "Kami berharap anda kembali, rakan senegara di dalam penerbangan MH370" yang ditujukan kepada saudara-mara & rakan-rakan penumpang
Mencari MH370 - Hari ke-4
Soalan masih belum terjawab

Usaha mencari pesawat MH370 yang hilang masuk hari keempat dengan siasatan bertumpu kepada dua perkara utama iaitu di mana pesawat itu dan bagaimana ia boleh hilang.
Terus menanti
Terus menanti

Subramaniam Gurusamy, 60, bapa kepada Puspanathan Gurusamy, 34, yang berada dalam pesawat MH370 menuju ke Beijing dilihat kaku dan sedih ketika memegang foto anaknya.
Suspek dikenalpasti
Suspek dikenalpasti

Pihak Polis Antarabangsa (Interpol) mendedahkan identiti lelaki kedua yang menggunakan passport curi untuk menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas. Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata lelaki yang bernama Delavar Seyed Mohammad Reza, adalah warganegara Iran yang berusia 30 tahun. Manakala Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula mendedahkan identiti lelaki pertama yang menggunakan pasport curi sebagai warganegara Iran, Pouria Nour Mohammad Mehrdad,19.
Perhimpunan nyalaan lilin
Perhimpunan nyalaan lilin

Rakyat Malaysia, tidak mengira bangsa, agama dan umur sentiasa memberi sokongan dan mengharapkan yang terbaik buat kesemua penumpang dan anak kapal MH370 yang masih belum ditemui hingga kini.
Penantian yang menyeksakan

Salah seorang ahli keluarga penumpang MH370 dari China tidak dapat menahan sebak memikirkan nasib keluarga tersayang yang masih belum ditemui yang kini sudah masuk hari keempat.
Hanya doa yang dapat diberikan
Hanya doa yang dapat diberikan

Pasukan polis kontinjen Pulau Pinang mengadakan sembahyang khas untuk anak-anak kapal dan penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu di Mahindrama Buddhist Temple. Seramai 100 anggota polis mengambil bahagian dalam sembahyang khas berkenaan yang berlangsung selama sejam bagi memohon kesemua anak kapal dan penumpang kapal berkenaan ditemui selamat.
Terbang ke udara mencari MH370
Terbang ke udara mencari MH370

Hari keempat menandakan pesawat MH370 telah hilang lebih daripada 80 jam dan misi mencari diteruskan dengan operasi digerakkan di kawasan yang lebih luas meliputi 100 batu nautika daripada titik terakhir pesawat itu dikesan pada awal pagi Sabtu lalu.
Hari keempat terus membawa lebih laporan
Hari keempat terus membawa lebih laporan

Ketika operasi mengesan pesawat itu dipergiatkan, pihak berkuasa juga sedang mengesan seorang warganegara Iran yang didedahkan oleh seorang agen pelancongan di Thailand sebagai individu yang membeli tiket bagi pihak dua penumpang yang menaiki pesawat itu dengan pasport curi. Agen pelancongan itu, Benjaporn Krutnait memberitahu akhbar The Financial Times pada Isnin, lelaki yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu itu hanya dikenali dengan nama "Encik Ali"
Usaha mencari dipergiatkan
Usaha mencari dipergiatkan

Gambar menunjukkan kru Tentera Udara Vietnam yang sedang melihat peta ketika menjalankan tugas mencari MH370.
Interpol membantu siasatan
Interpol membantu siasatan

Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble ditemui pemberita pada satu sidang akhbar mendedahkan gamabr kedua-dua suspek warga Iran yang menaiki pesawat MH370 menggunakan pasport curi.
Dimana anda semua?
Dimana anda semua?

Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu tidak berhenti berharap dan terus berusaha dengan cara berdoa dan mendapatkan informasi terkini daripada pihak berkuasa, berharap mereka bakal mendapat khabar yang baik.
Hari kesembilan kehilangan MH370

Merungkai kekeliruan

Dengar dari jauh

Sesudah taklimat

Masih menanti khabar

Tiada yang baru

Masih yakin untuk terbang

Bantuan lanjutan dipohon

Harapan belum pudar

572 pulau

Tiada ulasan:
Catat Ulasan