m

'Susah nak tiru Tony Jaa'

 

"NAK tiru aksi Tony Jaa nampak senang tapi sukar nak dipraktikkan atas gelanggang.

Itu kata peninju Kelab Kuda Merah PDRM, Shalihem Mohamad atau lebih terkenal gelaran Rohim Apollo yang meminati aksi pelakon filem Ong Bak yang dilakonkan Tony Jaa.
Filem aksi Ong Bak pada 2003 berkisarkan kepada seni mempertahankan diri yang tertua di Thailand, muay thai atau tomoi bukan hanya popular di Thailand tetapi menjadi satu fenomena ke seluruh dunia.


"Saya cuba tiru gerak pantas Tony pada sesi latihan. Cuma, bila beraksi atas gelanggang lain pula yang jadi. Memang sukar nak mengaplikasikan semasa perlawanan sebenar," katanya.
Rohim berkata, beliau berlatih hampir setiap hari dan akui tidak penat kerana itu sudah menjadi rutin dalam kehidupan sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Anak muda dari Tumpat, Kelantan ini akan berentap dengan peninju Perancis, Julie pada kategori Super 4 Edition 65 kg dalam Kejohanan Kuala Lumpur International Muaythai Challenge ‘Super 4 Edition Series 2014’ di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan