m

Bundesliga: Bayern sahkan gelaran

 
Pemain Bayern meraikan kejayaan muncul juara Bundesliga selepas menewaskan Hertha Berlin 3-1, awal pagi semalam.

BAYERN Munich memastikan gelaran juara Bundesliga musim ini tanpa perlu menunggu aksi terakhir liga hasil kemenangan 3-1 mengatasi Hertha Berlin, awal pagi semalam.

Dengan kutipan 77 mata daripada 27 perlawanan, kedudukan Bayern sudah tidak mampu dikejar pesaing terdekatnya, Borussia Dortmund yang sekadar memungut 52 mata.

Bukan itu sahaja, Die Roten memanjangkan rekod kemenangan ke-19 berturut-turut dan secara keseluruhan tidak pernah tewas dalam 52 perlawanan Liga Jerman.


Pengurus Kebangsaan Jerman, Oliver Bierhoff merakam ucapan tahniah kepada Bayern yang memastikan kejuaraan musim 2013/2014.
"Saya harus dedikasikan ucapan ini atas pencapaian luar biasa anak buah Pep Guardiola.


"Pasukan Bayern sudah terkedepan dan miliki level bertaraf dunia. Saya harap mereka meneruskan momentum yang menakjubkan ini di pentas Eropah.
"Kejayaan tak pernah datang dengan automatik melainkan hasil usaha keras dan disiplin tinggi pemain," katanya.


Manchester United akan menjadi lawan mereka pada saingan suku akhir Liga Juara-Juara, pada 2 April depan dan Bierhoff yakin pasukan itu mampu layak ke peringkat empat terakhir.


Tiga trofi untuk Die Roten
 
Guardiola menjulang kejuaraan ketiga pada musim= pertamanya bersama Bayern.

TIDAK sampai semusim tiba di Allianz-Arena, pengendalinya, Pep Guardiola sudah menghadiahkan tiga trofi utama kepada Bayern Munich.

Bermula dengan menjulang Piala Super Eropah, Piala Dunia Kelab dan terbaharu merangkul gelaran Bundesliga buat kali kedua berturut-turut walaupun saingan liga berbaki tujuh permainan.

Satu-satunya kejuaraan yang terlepas daripada genggaman  adalah Piala Super Jerman kerana kecundang ditangan musuh ketat, Borussia Dortmund.


"Saya puas kerana pemain berjaya melakukannya (menang Bundesliga). Menjadi juara dalam satu-satu pertandingan  sebelum atau sesudah tidaklah penting.

"Syukur segalanya sudah selesai dan kami akan pergi santapan malam dan merayakannya. Kami mahu nikmati waktu terluang ini," katanya.


Bayern juga berkemampuan menyapu dua lagi piala apabila bakal berdepan Kaiserslautern untuk semi final Piala Jerman dan menentang Manchester United pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara selepas ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan