Perlukah
waktu spesifik untuk mengadakan hubungan asmara dengan suami/isteri? Tentu
sahaja kita semua tidak pernah terfikir tentang hal tersebut. Tetapi tidak
salah untuk mengambil tahu jika benar ada kewajarannya terutama sekiranya anda
merancang untuk menimang cahaya mata.
Seawal 6
pagi adalah waktu yang paling baik bagi seorang lelaki untuk bersama isterinya.
Pagi hari adalah waktu penuh libido seorang lelaki, tetapi ia merupakan waktu
di mana wanita baru bangun daripada tidur dan tidak bersedia untuk hubungan
seks.
8.00 -
10.00 pagi
Ini adalah
waktu di mana wanita bersedia untuk melakukan hubungan asmara bersama suami dan
keinginan itu begitu tinggi tetapi biasanya pada waktu ini keinginan lelaki
sudah menurun. Bagaimanapun jangan bimbang kerana sang suami tetap boleh ‘dibangunkan’.
12.00
tengahari -2.00 petang
Ketika ini
masing-masing sibuk dengan dunia sendiri dan bersiap untuk menikmati makan
tengahari.
2.00 -
4.00 petang
Ketahuilah
bahawa inilah waktu paling sesuai untuk merancang kehamilan. Pada waktu ini
sistem reproduksi wanita berada dalam keadaan yang sangat baik, dan kualiti
sperma lelaki juga pada prestasi baik di waktu ini. Jadi, sekiranya anda
merancang untuk mengandung, silakan guna waktu ini sebaiknya.
8.00 -
10.00 malam
Biasanya
ketika jam ini, wanita berada pada paras ghairah dan bersemangat untuk
melakukan hubungan seks, sedangkan lelaki bersikap ‘okay saja’. Dengan kata
lain jangka masa ini adalah waktu paling tepat untuk berasmaradana.
10.00
malam - 12.00 tengah malam
Paras
melatonin dalam badan wanita meningkat sehingga walaupun mereka berjaga malam,
mereka tiada keinginan untuk berasmara sedangkan lelaki pantang diajak, boleh
sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan