Kita
mungkin mempunyai info atau petua tentang jenis-jenis makanan yang perlu
diamalkan oleh pasangan suami isteri untuk meningkatkan keinginan
melakukan hubungan intim. Dikatakan ada beberapa jenis makanan boleh
meningkatkan libido suami isteri.
Tetapi
anda juga perlu tahu ada beberapa jenis makanan yang patut dielakkan ketika
merancang untuk melakukan hubungan seksual dengan suami/isteri. Ini kerana
kemungkinan makanan tersebut boleh menurunkan keinginan anda.
Maka
sebaiknya elakkan daripada menjamah makanan tersebut jika anda merancang untuk
bersama suami/isteri pada malam itu. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang
patut dielakkan:
Kacang
Kacang
adalah sumber serat dan protein untuk badan. Namun, kacang juga mengandungi
sejenis gula yang sukar dihadam dan mudah menyebabkan kembung serta gas.
Kembung perut tentu sahaja mengganggu kelancaran hubungan intim yang sedang
dilakukan.
Bawang
putih
Masakan
yang menggunakan bawang putih memang melazatkan, tetapi baunya yang kuat dan
jika diambil dalam kuantiti yang banyak boleh membuatkan nafas berbau dalam
masa yang panjang. Aroma kurang sedap ini pasti sahaja tidak menyelesakan anda
dan pasangan.
Keju
Bau mulut
anda juga boleh terganggu sekiranya anda makan keju sebelum bersama
suami/isteri. Jadi tangguhkan dulu keinginan untuk menjamah keju sebelum itu.
Daging
merah
Menikmati
makan malam dengan stik daging memang menyelerakan. Namun, tahukah anda masakan
berasaskan daging merah adalah makanan yang berat dan sukar dihadam. Selepas
memakannya, tubuh mudah menjadi lesu dan cepat mengantuk. Pasti sahaja aksi
anda di tempat tidur turut terganggu.
Kentang
goreng
Kentang
goreng memang enak dikunyah ketika masih panas. Oleh kerana memasaknya
menggunakan minyak yang banyak, maka tentu sahaja lemak tepu yang terkandung di
dalamnya sangat banyak. Selain dari itu kentang goreng juga mengandungi banyak
garam serta lemak yang akan menurunkan kadar kolesterol si pemakan.
Gula
getah
Kononnya
dengan mengunyah gula getah dapat menyegarkan nafas yang berbau tetapi tanpa
disedari gula getah dapat menurunkan kadar testosterone suami. Maka jika
mengunyahnya sebelum berasmara, suami akan cepat mengah dan kepenatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan