Dalam
artikel pertama, kami telah senaraikan kelebihan akaun bersama iaitu lebih
mudah diuruskan, kos yang lebih rendah, lebih banyak faedah/manfaat, lebih
fokus pada matlamat kewangan, boleh membantu ahli keluarga yang lain dan juga
akses kepada akaun yang berterusan sekiranya berlakunya kematian kepada
pasangan anda. Pada akhir artikel ini, anda akan dapat mengenal pasti kebaikan
dan keburukan akaun bersama sebelum membuat keputusan sama ada membuka akaun
bersama atau akaun individu. Kelemahan yang dimaksudkan seperti berikut:
1. Persepsi Mengenai Kehilangan Kawalan Terhadap Kewangan
Jika sudah biasa berbelanja sendiri, anda mungkin terasa tidak bebas dan hilang kawalan pada kewangan apabila membuka akaun bersama. Ini disebabkan dalam akaun bersama, pasangan mungkin mempersoalkan perbelanjaan anda. Realitinya, ini cumalah satu persepsi. Jika anda adalah seorang yang perlu mengawal perbelanjaan sepenuhnya, akaun bersama mungkin tidak bersesuaian.
2. Transparensi
Oleh kerana anda dan pasangan boleh mengawasi atau tahu mengenai pengeluaran wang yang dibuat, akaun bersama boleh menjadi satu isu ataupun menjadi punca pergaduhan. Contohnya, jika anda membeli sebuah telefon bimbit atau makan malam mewah sebagai penghargaan untuk diri sendiri, adakah ini akan dipersetujui oleh pasangan? Selain itu, oleh kerana pasangan mengetahui perbelanjaan yang dibuat, mungkin sukar untuk membuat apa-apa elemen kejutan (surprise) untuk pasangan anda.
3. Penyalahgunaan Akaun Bersama
Jika anda sedang melalui proses penceraian akan berpisah, pasangan mungkin akan menyalahgunakan akaun bersama dengan mengeluarkan semua simpanan akaun secepat mungkin untuk dirinya sendiri. Apabila berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil, seseorang individu mungkin bertindak melulu, tidak matang dan kurang menyenangkan pasangan. Kebiasaannya, individu akan memilih untuk mengambil sebanyak mungkin simpanan yang ada sebagai cara untuk membalas dendam atau menunjukkan tanda protes.
4. Gagal Untuk Mengikut Bajet Yang Dipersetujui
Sebenarnya anda mempunyai kebebasan penuh untuk menguruskan kewangan dalam akaun bersama. Namun masalah mungkin timbul apabila berlaku perbezaan pendapat dan salah faham apabila anda/ pasangan berbelanja melebihi daripada jumlah yang dipersetujui. Tambahan pula apabila anda gagal untuk mengikuti bajet malah tidak memberitahu pasangan anda mengenainya. Ini boleh menjadi isu apabila wang baki tidak mencukupi untuk perbelanjaan yang lain.
5. Perlu Menyimpan Slip ATM Yang Membebankan
Mengeluarkan wang di mesin ATM mungkin berfaedah tetapi bagi sesetengah pasangan ia boleh menjadi beban. Ini kerana anda dan pasangan perlu menyimpan slip transaksi sebagai rujukan. Tambahan pula jika anda gemar mengeluarkan wang daripada mesin ATM tanpa menyimpan slipnya, pasangan anda mungkin tidak menyedari bahawa duit dalam akaun sudah pun habis!
6. Liabiliti
Jika pasangan anda dikenakan tindakan undang-undang di mana dia perlu membayar sejumlah wang kepada pihak ketiga, wang dalam akaun bersama akan diambil. Ini adalah kerana dalam liabiliti, akaun bersama tidak dipisahkan/diasingkan. Walaupun telah membuat perjanjian dengan pasangan contohnya: 40% simpanan adalah milik anda, ini tidak akan diambil kira dari sudut undang-undang. Simpanan milik anda boleh digunakan untuk membayar hutang liabiliti pasangan.
Pada dasarnya terdapat banyak kelebihan untuk membuka akaun bersama dengan pasangan anda. Bagaimanapun anda perlu berhati-hati dan menimbangkan semua faktor yang mungkin terjadi. Ia bukan keputusan yang mudah, kami menyarankan anda berbincang secara jujur dan terperinci bersama pasangan sebelum membuat keputusan. Sekurang-kurangnya anda perlu berbincang mengenai objektif dan matlamat simpanan secara individu dan perkongsian serta tanggungjawab terhadap akaun bersama. Dengan ini, keputusan yang dibuat akan dapat membantu pengurusan kewangan anda dan seterusnya memperbaiki hubungan dengan pasangan masing-masing.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan