m

Tip Untuk Papa Baharu

 

Jika anda baharu bergelar papa, pelajarilah banyak perkara supaya lebih memahami karektor bayi kecil yang bergantung sepenuhnya kepada anda berdua. Beberapa sebab berikut membantu anda menjadi ketua keluarga yang terbaik untuk bayi dan perkahwinan anda.

Masa dan toleransi
Perkara paling mudah anda boleh lakukan adalah menghabiskan masa berkualiti dengan bayi baharu lahir anda. Semakin banyak anda menghabiskan masa bersama semakin baik hubungan anda berdua. Selain masa, papa perlu mempunyai sikap bertoleransi untuk saling mengenali dengan bayi. Ini adalah kali pertama anda bergelar ayah dan kali pertama bagi anak anda mengenali dunia. Beri masa untuk anda belajar banyak perkara, eksperiman dan toleransi.

Hubungan mata
Sepeti diketahui, bayi baharu lahir gemar melihat wajah manusia, terutama mata. Bayi baharu lahir hanya boleh melihat dengan jalan dalam jarak sekaki di hadapan mereka, jadi sentiasa tersenyum, rapat pada mereka dan lihat ke dalam matanya yang bersinar.

Bunyi berulang
Sebutan seperti Pa-pa, Ma-ma, Ba-ba adalah bunyi pertama yang biasa didengar oleh bayi. Bunyi ini mudah kerana kedua bibir ditekan antara satu sama lain. Bayi akan cepat belajar bertutur apabila anda mengulang perkataan tersebut banyak kali. Percayalah apabila tiba masanya, bayi anda akan menyebut perkataan tersebut secara tiba-tiba.

Bayi suka pergerakan
Mereka sukakannya. Bayi suka dipegang, diayun dan digoyang. Pergerakan membantu bayi merangsang perkembangan daripada otak hingga keseimbangan mereka. Apabila anda memegang bayi, pastikan faktor keselamatan diutamakan. Belajar memahami apa yang disukai oleh bayi.

Bertindak balas
Tangisan, pandangan dan apa sahaja yang dilakukan oleh bayi berkaitan dengan anda patut diberi perhatian. Ingatlah yang mereka baharu belajar mengenali dunia ini. Biarkan mereka tahu yang anda menghargai usahanya menarik perhatian anda.  Kajian menunjukkan ibu bapa yang bertindak balas kepada tangisan dan keperluan bayi, membantu mereka meningkatkan kemahiran komunikasi dan bahasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan