m

Altimet tak kacak

 

Nama Ahmad Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet sememangnya sudah cukup dikenali dalam genre muzik Hip Hop tempatan selari dengan nama Jow Flizzow dan lain-lain.

Walaupun dikenali ramai, pelantun bersama lagu Havoc ini sehingga kini belum terkait dengan sebarang kontroversi melibatkan kisah peribadinya.

Bagi Altimet sendiri, dia sebenarnya bukan enggan menceritakan kisah peribadinya kepada umum, tetapi lebih selesa untuk menceritakan kisahnya dalam bentuk karya muzik.

Sebenarnya, saya lebih selesa untuk bercerita tentang kisah perjalanan muzik dan kerjaya sendiri berbanding menjaja kisah peribadi.

Lagipun, agak pening sebenarnya jika mencampurkan urusan peribadi dan kerjaya.
"Jadi, lebih baik berkongsi mengenai kerjaya supaya orang kenal dan tahu bakat saya yang sebenarnya.

Tambahan, jika bercerita tentang kerjaya, ia secara tidak langsung akan memberi semangat kepada saya untuk melakukan yang terbaik untuk diuar-uar kepada semua," jelasnya.

Jelas Altimet, jika didengar melalui karya-karyanya, kebanyakan naskhah yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada kisah peribadi yang berlaku di hadapan matanya.

Karya-karya saya kebanyakannya bercerita tentang kisah yang berlaku di sekeliling.
"Ragam manusia, perkara-perkara yang diceritakan kepada saya kemudian akan diulas dalam karya.

"Buat masa ini, saya tidak mahu bercerita tentang kisah peribadi. Biarlah ia menjadi satu sempadan antara saya dan peminat," ujarnya.
Tidak kisah dicemuh

Sejak mula bergelar artis, Altimet mengakui banyak kata-kata negatif menyerangnya tetapi itu tidak sedikit pun mengganggu dirinya untuk menjadikan dirinya kini.

Malah, tambahnya, kata-kata cemuh imembuatkan dirinya kini semakin kuat dan terus berada dalam industri.

Saya dah malas hendak ambil peduli kata-kata orang, sama ada di laman sosial atau yang bercakap depan saya.

Hakikatnya, sejak mula menjadikan muzik rap sebagai sebahagian daripada minat saya di bangku sekolah lagi sudah macam-macam orang cemuh saya.

Bila dah sampai sekarang ini, saya lebih selesa untuk buat tidak tahu dan tidak mengambil peduli apa yang orang hendak kata tentang muzik dan diri saya," jelasnya.
Tambahnya lagi, sejak mula pembabitannya dalam industri muzik, sudah ada yang mempertikaikan rupa parasnya tidak mampu untuk memudahkan dia bertapak.

Masa mula-mula nak masuk industri, ada yang kata muka saya tak kacak, jadi susah nak menjadi penyanyi. Jadi saya sudah buktikan sekarang dan sebab itu saya malas hendak ambil berat dengan kata-kata negatif,"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan