SEBELUM ini ada Aida merisik siapa pengganti
Hanez Suraya kepada Awi Rafael, bagaimanapun katanya hatinya masih belum
dimiliki sesiapa. Bagaimanapun kehadiran berita ini sedikit menggembirakan
memandangkan khabarnya Awi sebenarnya sudah ada kekasih sejak beberapa bulan
lalu.
Malah
kalau ada yang perasan wanita ini sering bersamanya ke beberapa majlis. Mungkin
selepas hubungan lalu, Awi memang agak tertutup bercakap soal ini. Mungkin ada
sesuatu yang sudah Awi pelajari.
Kata Awi,
dalam hubungan apa yang penting adalah untuk menurut kata hati. Malah
perpisahan lalu juga, katanya dibuat kata kerana dia percaya kata hati.
Sekali pandang
kekasih Awi ini saling tidak tumpah seperti Hanez. Dari tinggi sehingga ke
wajah, semuanya hampir serupa.
Kata kawan
Aida, kali pertama jumpa, mesti ada yang menjangka wanita tersebut Hanez.
Si pemberi
cerita ini juga tidak menolak mungkin pilihan Awi itu tidak terlalu jauh, jadi
sebab itu ramai yang menjangka wanita itu kekasihnya.
Bagi Aida
tidak salah pun Awi mahu menemui cinta baru memandangkan Hanez sendiri sudah
bersedia melangkah ke fasa baru. Walaupun fokus Awi lebih kepada kerja buat
masa sekarang, tidak salah sebenarnya jika suatu hari nanti dia benar-benar
bersedia memperkenalkan seseorang kepada peminat.
Mengenali
Awi, Aida tahu dia bukan seorang lelaki yang suka mempermainkan cinta. Mudah
kata kalau sudah suka itu pasti fikirannya sudah jauh memikirkan sesuatu. Tidak
mengapa Awi ambil masa untuk diri juga, jangan tergopoh-gopoh soal ini
memandangkan Awi sendiri pernah ada pengalaman. Tetapi kalau perlu jujur,
jujurlah. Sebab kadang-kadang apa yang keluar dari mulut kita ini mungkin dimakbulkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan