LONDON - Bintang filem Harry Potter, Daniel
Radcliffe, baru-baru ini menghadapi masalah mendapatkan visa ke Amerika
Syarikat (AS) untuk berlakon dalam persembahan teater terbaharunya di negara
itu.
Radcliffe,
24, dilaporkan terpaksa menyediakan pelbagai keratan akhbar, selain
dokumen-dokumen rasmi lain untuk menyokong permohonan visa tersebut bagi
membolehkannya berlakon dalam teater bertajuk The Cripple of Inishmaan di
Broadway di New York.
Sumber
berkata, pelakon kelahiran Britain itu perlu membuktikan bahawa tiada warga AS
mampu memegang watak tersebut selainnya.
"Dia
bernasib baik kerana ulasan terbaik tentang lakonannya dalam persembahan yang
sama di London, membolehkannya mendapat visa tersebut," kata sumber itu.
Sebelum
ini, pelakon muda tersebut berkata, dia menyukai New York kerana terdapat
pelbagai tarikan di bandar raya tersebut.
"New
York merupakan sebuah bandar raya yang hebat," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan