Agak mengejutkan mengapa persembahan Afgan kurang memberangsangkan malam itu memandangkan sebelum ini dia membuktikan usia mudanya mampu menawan hati peminat.
Namun bagai ada yang tak kena apabila hadirin yang setia menantinya pada malam itu lebih bersifat pasif sebelum penyanyi berkenaan mengambil alih pentas.
Dalam suasana yang begitu tenang, acara makan malam yang dikendalikan oleh pelawak
Kuah Jenhan begitu sepi. Tidak dinafikan Kuah Jenhan terkenal sebagai pelawak solo tapi sebagai pengacara dia masih banyak kekurangan.
Dek kerana kehambaran pada permulaan acara, dewan yang mampu memuatkan lebih 1,000 tetamu itu seolah-olah tidak bermaya. Tidak seperti acara-acara lain suasananya begitu berbeza sekali.
Bagaimanapun kehadiran Noryn Aziz sebagai penyanyi undangan memanaskan malam tersebut dengan rangkaian lagu-lagu popular seperti Natural Woman, Cinta Sejati dan Tinta Putih.
Dia meneruskan nyanyian dengan rangkaian lagu medley yang terdiri daripada lagu Rolling In The Deep, Set Fire To The Rain, Cinta Sejati, Happy dan You To Me Are Everything.
Kurang memuaskan
Kemunculan Afgan begitu dinanti-nantikan. Tapi sayangnya dek kerana sistem audio yang kurang memuaskan mematikan keterujaan sebahagian besar peminat.
Afgan yang hanya mendendangkan lima buah lagu pada malam itu sempat mencuri tumpuan peminat yang mengerumuni pentas untuk merakamkan detik indah bersamanya.
Lagu-lagu yang dinyanyikan termasuk Pesan Cinta, Jodoh Pasti Bertemu, Panah Asmara,
Bawalah Cinta dan Terima Kasih Cinta.
Sepanjang acara berlangsung Afgan juga kelihatan kurang mesra dengan peminat jika mahu dibandingkan dengan acara Minggu Setiausaha yang lain. Mungkin risau dikerumuni peminat membataskan sedikit pergerakannya.
Ternyata penyanyi yang berusia 25 tahun itu masih perlu belajar cara berkomunikasi dan cara mengendalikan persembahan eksklusif seperti itu memandangkan peminat telah melabur wang yang cukup besar buatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan