Kapal tentera laut Amerika Syarikat, The USS Kidd
PELABUHAN KLANG: Kapal tentera laut Amerika Syarikat, The USS Kidd, yang turut terlibat dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, singgah di Westport di sini selama lima hari dalam siri kunjungan rutin ke pelabuhan, sejak Ahad lepas.
Komander Gabe Varela, Pegawai Memerintah The USS Kidd, sebuah daripada kapal pemusnah terkini di dunia, berkata mereka menjalankan misi mencari MH370 selama 10 hari, selepas sehari dua pesawat itu dilaporkan hilang pada 8 Mac.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac ketika berada di ruang udara Laut China Selatan, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Varela berkata pada ketika itu, kapal berkenaan sedang menjalankan operasi rutin di Laut China Selatan dan dikerahkan untuk membantu mencari MH370.
"Misi mencari bermula di Teluk Thailand hingga ke barat laut pintu masuk Selat Melaka dan sehingga ke kawasan perairan Teluk Benggala," katanya kepada pemberita pada sesi melawat kapal itu di Westport di sini pada Selasa.
Varela berkata dua helikopter The USS Kidd, MH-60R Sea Hawk, yang dilengkapi alat pengimbas 'thermal imager' (FLIR peranti infra merah) digunakan dalam misi mencari MH370.
"Kami telah menjalin kerjasama dengan tentera Malaysia sejak sekian lama, dan apabila kami diminta tampil untuk membantu dalam usaha mencari itu, kami telahpun berkomunikasi dan melakukan penyelarasan dengan tentera laut dan udara Malaysia," katanya.
Sementara itu, pegawai eksekutif The USS KIDD, Komander T. J. Zerr berkata misi mencari MH370 dilakukan hasil hubungan maritim jangka panjang yang terjalin antara tentera laut Malaysia dan AS.
The USS Kidd, ditauliahkan pada Jun 2007 mempunyai kira-kira 300 kru, telah menjadi tajuk berita di seluruh dunia apabila kapal itu digunakan untuk menyelamatkan anak kapal perikanan Iran daripada lanun Somalia di Lautan Arab.
Kapal yang boleh mencapai kelajuan lebih 30 knot itu berpangkalan di San Diego, California.
Berlabuh Sebentar
Kapal tentera laut A. Syarikat, The USS Kidd, yang turut terlibat dalam operasi mencari pesawat MH370 yang hilang, singgah di Westport.
Kapal tentera laut A. Syarikat, The USS Kidd, yang turut terlibat dalam operasi mencari pesawat MH370 yang hilang, singgah di Westport.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan