m

Kerisauan Bakal Papa

 

Keresahan menanti kelahiran bayi bukan sahaja dirasakan oleh bakal mama, bahkan bakal papa juga mempunyai ketakutan tersendiri. Berikut antara debaran yang dirasakan oleh bakal papa terutama yang pertama kali menyandang gelaran tersebut. Mungkinkah salah satunya pernah atau akan anda alami?

*Tidak mampu memenuhi keperluan keluarga adalah ketakutan terbesar di kalangan bakal papa baru. Papa bimbang dia tidak mampu memberi sokongan kewangan dan emosional kepada ibu dan bayi barunya.

* Bimbang tidak mampu membantu saat isteri melahirkan bayi. Lebih dari 80% papa baru takut tidak mampu membantu atau memberi sokongan kepada isterinya  ketika proses bersalin. Ada segelilntir bapa yang ngeri melihat darah, dan boleh pengsan di ruang bersalin.

* Risau akan keadaan kesihatan isteri dan bayinya. Ramai ayah yang takut akan kehilangan isterinya kerana meninggal akibat proses bersalin. Mereka tidak dapat membayangkan jika harus membesarkan bayi sendirian!

*Takut kemesraan dengan isteri terganggu. Para bapa mungkin berasa khuatir apabila bayinya lahir, isterinya akan lebih memberi perhatian serta waktu lebih banyak kepada si bayi berbanding dirinya.  Sebenarnya ini adalah satu perasaan cemburu seorang papa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan